![]() So respect me, please!
Archive
![]()
© Skin by Esha Reekay basecodes by atiqah jaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
Cerpen #EHM : The Gagalbabes
Peperiksaan akhir tahun menghampiri! Semua pelajar begitu resah-gelisah menghafal segala jenis nota-nota yang terdapat di dalam buku teks tebal sehingga berselirat wayar kepala,ahli-ahli The Wannababes buat muka tidak peduli. Mereka sibuk dengan masalah sendiri,lagipun mereka tidak perlu ambil exam pun tidak mengapalah!
Masalah Peribadi Ratu The Wannababes Menjelang Exam ~Fasha terlalu risaukan kulit sunburn yang menyebabkan kulit tuan puteri merangkap Paris Hilton Sri Bangsar itu kemerahan.
Masalah Peribadi Ahli The Wannababes Menjelang Exam
~Shasha terlalu panik dan menangis sendu sehingga bengkak-bengkak mata kerana bedak compact MAC miliknya hilang. Walhal,dia hanya tertinggal di bilik tidurnya sahaja!
~Linda kronik memikirkan gosip-gosip terbaru yang belum ada dalam genggamannya dan tidak cukup tidur kerana terlalu menonton rancangan NLIVE! Sri Bangsar dan juga MELETIPTOP! Sri Bangsar semata-mata mahu mengikuti gosip terkini!
~Nana pula pening kepala tersandar di sofa selepas menonton drama Korea kegemarannya sehingga pukul 3:00 pagi masih setia menonton! Habis berkotak-kotak tisu akibat menangis teruk memikirkan ending drama yang tragis.
~Fazura terjerit-jerit histeria selama tiga hari tiga malam apabila sebiji jerawat pasir muncul di kulitnya yang putih licin dan mulus!! Seharian juga Fazura menghabiskan masa menenyeh jerawat itu dengan krim La Mer!
~Sazzy pula berwajah monyok dan bermuram durja apabila berat badannya bertambah 100 gram seperti orang gagal SPM. Hingga wajah cantiknya itu pucat semacam akibat takut memikirkan badannya gemuk!
~Diana pula tergeliat kaki sedikit akibat terlalu melentik-lentik melakukan koreografi sorak yang kompleks.
Akibatnya,ketujuh-tujuh The Wannababes menjawab yang tidak logik dan hentam sahaja. Fasha paling teruk kerana dengan selambanya menjawab nama-nama mikroorganisma sebagai EXO dan T-ARA!! Nana pula membuat karangan tidak sampai 10 patah perkataan. Kini,mereka menjadi The GagalBabes!! Paling menyedihkan,mereka dilarang shopping dan perlu mencemar duli menyental tandas selama sebulan oleh Harimau Hidup Sri Bangsar,siapa lagi jika bukan Cikgu Amnah!! Sangat tidak M.E.R.D.E.K.A. tetapi T.E.R.D.E.R.A.!!
Labels: Cerpen, Miss Purple-Black Cerpen #EHM : Misi Saiz XL
Suasana cukup riuh untuk semua para pelajar. Semua sudah naik histeria. Peperiksaan makin hampir, dan menghampiri! Mujurlah peperiksaan bagi semua warga tingkatan 5 masih belum kunjung tiba. Namun, bagi Edrina, Widya dan Umi...itu merupakan ujian yang cukup besar dan tidak mampu dijawab dengan sebelah mata.
Edrina sudah menghafal sebuah buku Geografi dalam masa 10 minit sahaja. Ini kerana, otak Edrina memang cap ‘kancil’ kerana mampu membaca dan menghafal setiap ayat! 2 dalam 1 betul! Otak Edrina seolah-olah komputer yang mampu menyimpan beribu-ribu data di dalam unit sistem dan pemacu kilat.
Manakala Widya sudah tergaru-garu kepala. Susah benar hendak menyebut bahan kimia! E-coli menjadi baldi, virus H1N1 menjadi 2NE1. Aduhai, naya betul! Widya ada kalanya tergaru-garu kepala bukan kerana mencari idea, tetapi kelemumur yang bergelen di rambut. Widya memang spesis pemalas hendak mencuci rambut dan membuang kelemumur yang membiak secara koloni yang terlalu banyak.
Umi? Umi asyik menghirup kuah sup mi yang dibuatnya sambil berkerut dahi ingin menghafal formula Matematik yang diajar oleh Cikgu Haizi. Matilah sekiranya gagal subjek itu! Diberi dua libas rotan dan pakej tempias air liur Cikgu Haizi, selaku guru kedua paling garang di Sri Bangsar!
Ketiga gadis gemuk itu sedang duduk di luar halaman rumah Umi. Mereka hampir pecah perut dek Umi menghidangkan mi sup, ayam tandoori dan burger Oblong sebanyak 3 pinggan seorang. Manakala minuman air kopi yang lazat dan berkrim. Tidak rugi betul mereka belajar di rumah Umi. Dapat belajar dan makan secara percuma sekaligus!
“Aduh, susahnya hendak menyebut perkataan ini!” Widya menunjukkan perkataan yang tidak mampu dibacanya kepada Edrina. Sudah sedia maklum, otak Widya lebih sukar berfikir kerana tidak minum susu Anmum! Itulah penyebab sel-sel otak tidak berhubung!
“Aik? Ini perkataan apa? Bukankah ini virus E-Coli? Susahkah menyebutnya?” Edrina hampir tergelak besar. Jika ketiadaan Widya, dia sudah tergolek-golek tergelak! Virus E-Coli, budak tadika pun tahu sebut! Apatah lagi Widya yang sudah memasuki alam remaja! Buat malu sahaja!
“Ops! Sorry! Saya tidak ingat!” Widya tersipu-sipu malu.
“Tidak ingat? Habis, dalam otak awak ingat Mr. LobakLobak sahaja?” Umi sudah mengusik. Widya makin merah padam mukanya sebaik mengingati rakan sibernya, Mr. LobakLobak atau nama sebenarnya, Luqman.
“Ish, ada sahaja kamu ini, Umi. Peperiksaan esok sahaja. So, please be serious! No more hankie pankie, no more play play!” Edrina sudah menyambung aktiviti membacanya. Manakala Widya masih belum hilang rasa malunya, Umi pula tergelak besar sambil mengetuk meja! Haish, haish, haish!
*****
Peperiksaan sudah hampir tamat. (Malas hendak taip mengenai semasa peperiksaan )
Edrina, Widya dan Umi sudah tersenyum sumbing. Mereka menjeling dan menjongket kening memandang sesama sendiri. Tidak sabarnya! Setelah sekian lama berusaha demi mencapai peperiksaan akhir, kini hampir selesai!
“Baiklah, semua boleh hantar kertas dan balik,” beritahu Cikgu Haizi, dengan intonasi tegas.
Edrina orang pertama yang menghantar kertas dan terus berlari keluar. Disertai Widya dan Umi. Dengan senyuman yang terpancar dan gelak ketawa....
“Satu...dua....tiga!” Edrina memberi arahan.
“MERDEKA!!!!!!!!” Ketiga-tiga gadis gemuk itu melompat-lompat seperti cheerleaders yang hampir menamatkan persembahannya. Terjojol mata pelajar yang melintasi mereka.
Sekolah Sri Bangsar ditimpa gempa bumi kecil dek penangan lompatan mereka bertiga! Oh, tidak! Mujurlah tiada sebarang kecederaan dan kerosakan! Edrina, Widya dan Umi ketawa terbahak-bahak kerana projek yang dirancang sejak azali sudah selesai dengan jayanya! Wuhuuu!
-Tamat....-
Labels: Cerpen, Wana Lissa Cerpen #EHM : Kisah 4 Excellent
"Pada zaman dahulu..."
Eh! Tak payah nak berzaman-zaman sangatlah!
"Sorry.... Sebuah sekolah tersergam megah. Ia ditubuhkan pada tahun 2011. Kini, dinobatkan sebagai Sekolah Terunggul di Negeri Kedah. Inilah sekolah Nurnajwa Nabilah binti Najwaan atau mesra dipanggil Wana. Ermmm, sebenarnya Wana itu sayalah. Hihi. Saya dilahirkan di...."
Eh, cop sekejap! Ini kisah Wana ke kisah murid 4E pabila sudah merdeka? Wana, jangan berangan! Straight to the point, ok!
"Maaflah penulis. Hai, garang sungguh. Baiklah, kita akan teruskan tujuan kita. Memperkenalkan, kelas 4 Excellent, kelas kesayangan saya! "
Krik krik, krik krik.
"Errrr, Wana? Kamu buat apa di luar kelas ni? Tak nak masuk kelas ke? Peperiksaan sudah mahu mula! "
Cikgu Hani yang ditugaskan menjaga kelas 4E sewaktu peperiksaan, menegur Wana yang masih berdiri di hadapan pintu kelas.
"Cikgu, tentulah dia berangan! Macam biasa~ " Seorang pelajar lelaki bernama Hakim yang sememangnya musuh Wana sejak azali menyindir gadis itu.
Kerana geram yang amat, Wana menjeling Hakim. Siap diugut mahu memberi penumbuk lagi!
"Haip, haip! Korang nilah.. Macam anjing dengan kucing! Sudah! Sekarang, cikgu nak Hakim tutup mulut dan Wana pula, cepat masuk kelas! "
Mendengar arahan guru yang berusia 20-an itu, Wana terkedek-kedek berjalan ke arah mejanya. Sempat lagi mata Wana menjeling Hakim sekali lagi.
"Baiklah, murid-murid. Kita akan memulakan peperiksaan Sains dalam masa 2 minit lagi. Sila bersedia, ya! Oh ya, cikgu tidak mahu jumpa orang yang meniru." Nasihat Cikgu Hani.
'Hah, hari inilah hari terakhir peperiksaan. Lepas ni, merdekalah! '
Oit Wana! Buatlah peperikaan tu dulu, lepas tu baru cerita semuanya sampai A ke Z! Faham?
'Faham, penulis. Doakan saya boleh menjawab kertas peperikaaan ini dengan elok ya? Kalau boleh saya mahu dapat nombor 1! '
Menjawab kertas soalan dengan elok, itu saya setuju. Tapi bahagian nombor 1 tu, berangan jelah nak dapat!
----------------
"Yeayyyyy! Merdeka! "
Riuh-rendah suasana di kelas 4 Excellent. Semuanya jelas menunjukkan wajah yang ceria dan happy! Yalah, takkanlah bila sudah habis exam, mahu bersedih dan menangis pula?
"Guys! "
"Don't forget the girls! "
Danial menjeling tajam Abir. Hish, menyibuk sahaja! Oh, apa reaksi Abir? Penolong ketua kelas 4E itu hanya bermuka selamba.
"Nanti kita akan aturkan... jamuan! Kita akan menikmati kebebasan ini! Freedom, wuhuuu~ "
Kata-kata Danial disambut dengan tepukan gemuruh pelajar 4E. Tetapi, Wana, Abir dan pelajar perempuan yang tidak suka dengan Danial hanya tepuk perlahan-lahan sahaja. Menyampah dengan sikap si ketua kelas kepala besar itu.
"Bila kita nak buat jamuan tu? " Soal Hafizi Firkin, salah seorang daripada geng Danial.
"I am sure you will do it after you know your results."
Cikgu Ku Adriana?!?!
-------------
"Ingat ya! Meskipun kalian sudah habis peperiksaan, peraturan tetap peraturan. Saya faham perasaan kalian yang sudah habis peperiksaan, tidak perlulah sampai menjerit-menjerit begitu. Saya yang duduk di tingkat 1 pun boleh dengar suara kalian di tingkat 3! "
Panjang lebar Cikgu Ku Adriana membebel. ( 'Penulis, kenapa bebelannya panjang sangat? Kasihanilan kami! ' 'Padan muka! *Gelak kejam* ' )Sejurus selepas itu, guru disiplin SKDH itu melangkah keluar.
" Fuh! .... Danial, ini kau punya fasallah! Tengok, dah kena marah dengan Cikgu Riana! " Tengking Abir. Tengkingan yang 'special' untuk Danial.
" Ayoyo, si biri-biri sudah mengamuk! " Seorang lagi geng Danial iaitu Alif Iqhwaan pula mengusik. Danial hanya tersenyum puas. Kikikih, padan muka! Seronok melihat muka Abir yang sudah merah habis!
'Hahaha, aduhai! Kasihan Abir! Jahat betul Danial tu! Hah, inilah telatah pelajar kelas 4 Excellent selepas habis merdeka. Anda pula, bagaimana? ' ~ Nurnajwa Nabilah
Okey, harap ahli Hikayat Novella semua terhibur dengan cerita ini, ya? Apa-apa komen boleh dilontarkan di petak komen ~ Nurhazimah Hanan
"Saya Muhamad Hakim! Musuh Wana sejak azali. Akan sentiasa berusaha untuk memotong Wana yang otaknya dikatakan setaraf otak kancil! "
"Yey, dapat pun ruang! Hah, bagi yang tak kenal lagi dengan saya, sayalah Danial Iman! Ketua kelas 4E yang kacak."
"Hai, hai! Saya Abir Hanani. Penolong ketua kelas 4E. Oh, jangan dilayanlah mamat di atas ini. Dia itu, suka bercakap besar. Tak suka betul! "
* Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca kisah kami, Exam Habis, Merdeka! : Kisah 4 Excellent! Semoga jumpa lagi! *
Labels: Cerpen, Qaisara Nabilah, Winner Cerpen #PMCS : Misteri Aira
Aira pantas menuruni tangga. Dia amat risau dengan kedatangan seorang manusia yang mampu menyerami kehidupannya. Aira gementar dan terketar-ketar. Dia perlu menghilangkan diri dari asrama yang sangat seram dan sepi itu.
Kelihatan semua penghuni asrama sedang lena diulit mimpi. Aira berlari secepat mungkin dan terhenti di kaki lima. Kelihatan bayang-bayang yang besar menghampiri tubuh kecilnya. Aira hampir kaku dan beku. Jika tersentuh kulitnya, sejuk bak disambar ais!
Bayang itu menghampiri, dan makin hampir...Kelihatan bayang itu mempunyai mata yang merah dan kuku yang tajam. Aira menjerit kuat namun tidak mampu didengari sesiapa kerana sudah diterkam mulutnya oleh bayang-bayang itu. Aira cuma mampu bergerak kiri dan kanan namun dengan perlahan dan lemah.
Terkaman bayang itu amat kuat dan membuatkan Aira lemas. Akhirnya, Aira lemas dan pengsan. Beg galas yang digalas dicampak ke hadapan bilik tidur pengetua asrama itu. Aira diseret oleh bayang-bayang itu. Wajah putih mulus Aira berdarah-darah kerana diseret di atas jalan tar yang berbatu-batu. Seram tahap tertinggi!
(*.*)
Pagi itu kecoh satu Asrama Nur kerana kelihatan bangkai manusia yang berdarah-darah dan terbelah dua. Badannya tinggal sekeping. Seluruh organ dalaman dan luaran hilang dan cuma tinggal tulang-belulang dan tengkorak. Itu ialah gadis yang bernama Aira, yang dibaham oleh bayang-bayang misteri yang menggelarkan dirinya 'Hantu Misteri!'
Polis tidak mendapat tahu punca sebenar kematian Aira. Cuma gadis yang sudah tidak bernyawa itu yang tahu. Satu misteri yang besar dan tidak terungkai oleh sesiapa...
Oleh kerana peristiwa itu, Asrama Nur berpindah dan kawasan itu digelarkan 'Kawasan Syaitan Bertandang' dan sesiapa yang duduk di situ akan dibaham oleh bayang-bayang yang sama seperti yang membaham Aira. Kini, kawasan itu menjadi kawasan yang penuh misteri dan diselebungi seram yang bertalu-talu...
Labels: Cerpen, Seram, Wana Lissa Cerpen #PMCS : Door 301
Di dalam sebuah rumah flat,tinggallah dua orang pelajar kolej wanita yang masing-masing berumur di antara 20 dan 21 tahun.Mereka sahaja yang tinggal di situ kerana lapan orang rakan mereka telah menniggalkan rumah itu kerana mereka percaya yang rumah itu berhantu.Yana dan Haifa tidak mempercayai cerita mereka dan mengendahkan sahaja apabila mereka berpindah di rumah yang lebih selamat.
Yana berada di biliknya seorang diri.Dia sedang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya,Puan Lianah pada minggu lepas.Ketika Yana sedang fokus menyiapkan tugasan tersebut,dia terdengar bunyi tapak kaki menghampiri biliknya dan kemudian pintu biliknya diketuk.
"Efa,buat apa awak datang ke bilik saya waktu tengah malam?"Tanya Yana dengan dahinya yang berkerut seribu.Tiada jawapan serta tindak balas.Yana lantas membuka pintu biliknya.Dahinya bertambah berkerut.Tiada sesiapa.Senyap lagi sunyi.Yana berasa pelik lalu berlari ke bilik Haifa dengan segera.Kelihatan susuk tubuh Haifa di atas katil bersaiz queen sedang tidur dengan lena.
Yana amat terkejut.Yana terus membangukan Haifa."Efa,Fa.Bangun,Fa.Ada sesuatu yang saya hendak beritahu awak"Nada suara Yana menjadi semakin perlahan.Tiba-tiba kedengaran lagi bunyi seseorang berjalan menuju ke arah bilik Haifa.Pintu bilik Haifa dibuka oleh Haifa sendiri."Yana,apa awak buat di bilik saya?"Tanya Haifa selamba."Nur Haifa binti Hamdan?Bukankan awak sedang tidur tadi?Ssa..Saya.."Balas Yana tergugup-gugup.
Haifa menggelengkan kepalanya."Yana,Yana.Bilik ini kosong.Saya pergi tandas tadi.Tiada siapa pun di atas katil itu."jelas Haifa.Yana kelihatan semakin takut dan badannya menggigil.Tiba tiba susuk tubuh Haifa hilang dari pandangan.Yana terkejut lalu keluar dari rumah tersebut dan berlari ke rumah jirannya.Yana terlupa yang tiada sesiapa yang tinggal di tingkat itu kecuali dia dan Haifa sahaja.
"Yana ... Yana .. Jom! Ikut saya .."Suara seseorang kedengaran di telinga Yana."AARRGGHHH!!"Yana menjerit lantas berlari tanpa arah tuju.Ketika dia sedang berlari,dia terjatuh ke bawah dari tingkat di mana dia tinggal iaitu tingkat 5.Tidak seorang pun mengetahui kejadian tersebut.Sehinggalah esok hari,ramai penduduk pergi ke tempat kejadian.Mayat Yana berlumuran dengan darah.
"Kasihannya.."
"Ya Allah.Kenapa?Apa yang sudah berlaku?"
Semua orang berasa simpati.Sebenarnya tingkat di mana Yana dan Haifa tinggal itu berhantu.Nombor rumah 301 adalah rumah yang Yana dan Haifa tinggal.Katanya,rumah itu bekas rumah pembunuh.Pembunuh tersebut mengumpul mayat-mayat di dalam rumah itu tanpa orang sedari.
Pada tengah malam itu,Haifa sebenarnya tidak ada di rumah.Dia telah memberitahu Yana yang dia pulang ke kampung kerana neneknya sakit.Kini,rumah flat itu kosong dan terbiar.Mereka juga telah merancang mahu merobohkan bangunan itu.
Labels: Cerpen, Minn Yoona, Seram Cerpen #PMCS : Awak, Awak Tidak Mahu Main Dengan Saya?
Izhar berjalan memasuki rumah usangnya yang sudah lama ditinggalkan.Rumah itu sudah ditinggalkan sebanyak 20 tahun oleh keluarganya.Beg pakaian dimasukkan ke dalam biliknya.
Dia terus meninjau-ninjau rumah itu.Dapurnya mempunyai satu tong gas dan juga pili airnya datang daripada sungai di belakang rumah.Hanya dia sahaja ahli keluarga yang masih tinggal dan hidup di muka bumi itu.
Emak,ayah,adik,abang,serta kakaknya juga sudah meninggal dalam satu kemalangan jalan raya.Mereka semua mati serentak.Kecuali Izhar yang berkerja sebagai polis.Apabila mendengar berita itu,dia terus meminta cuti kepada pegawainya.
Dia terus duduk di atas kerusi empuk yang berhabuk.Dia berasa rimas dengan semua itu.Dia terus mengambil penyapu dan juga bekas penyapu.Segala sampah disapu.Segala habuk dibersihkan.Setelah hampir setengah jam,barulah kerjanya siap.
Dia terus baring di atas sofa.Matanya terasa ingin terlelap.Digagahi juga untuk tidak lelap.Tetapi dia terlelap juga.
Apabila dia bangun,dia melihat jamnya.Sudah menunjukkan pukul 7.00 petang.Dia dengan segera bangun dari sofa dan menuju ke bilik air.Ketika sedang mengambil wuduk,dia terdengar suara budak-budak bermain.Dia terus menjengukkan kepala di luar tingkap.Tiada sesiapa.
Dia terus menyambung mengambil wuduk.Setelah selesai berwuduk,dia menuju ke bilik untuk bersolat.Apabila sampai di bilik,dia terlihat darah mengalir keluar dari bawah katil.Bulu romanya meregang seperti hendak tercabut.
Dia gagahi juga melihat ke bawah katil.Tiba-tiba badannya terundur ke belakang.Mukanya diusap beberapa kali.Seorang perempuan berlumuran darah keluar dari bawah katil.Dia terus menerkam Izhar.
Izhar cuba menjerit meminta tolong.Tetapi apakan dayanya,badannya sudah dicincang seperti daging.Misteri itu berlanjutan sehingga hari esok.
Seorang jiran terhidu bau busuk dari belakang rumahnya.Rupa-rupanya,sebelum keluarganya tinggal di rumah itu,seorang perempuan telah mati dibunuh kerana tidak melangsaikan hutang.Dan kini,diharaplan rohnya dicucuri rahmat.Amin ya rabal alamin amin.
Labels: Aniq Durrani, Cerpen, Seram Cerpen #PMCS : Kelas Tambahan
Tina melangkah keluar dari kereta. Dia mengangkat tangan paras dada dan melihat jamnya. Jam 7.45. Masih awal untuk masuk ke kelas. Hari itu, seperti biasa, Tina akan hadir ke sekolah untuk kelas tambahan. Sementara menunggu rakan-rakan lain hadir, Tina duduk di pondok bersebelahan dengan blok di mana terletaknya kelasnya.
Kelihatan ada seorang makcik yang duduk di pondok itu. Tina duduk di sebelah mak cik itu. "Assalammualaikum makcik," Tina menegur mak cik itu. "Waalaikummussalam, nak," Tina tersenyum. Itulah permulaan perbualan yang agak panjang di antara Tina dan makcik itu.
Setelah lama berborak, Tina ternampak lampu kelasnya terbuka. Tina meminta diri lalu berjalan menuju ka kelasnya. "Assalammualaikum," Tina mengetuk pintu kelas. Tiada siapa yang menjawab. Hanya kelihatan semua rakannya tertunduk. Termasuk Cikgu Dila.
Tina hanya menyangka mereka semua terlalu penat kerana petang tadi diadakan latihan sukan. Tina duduk disebelah rakannya Shasha. Dia mengeluarkan buku latihan muka surat 34. Seperti mana Shasha. Tiba-tiba Tina terbau satu bau yang sangat busuk. "Sha. Sha. Kau bau tak bau busuk?" Shasha hanya mendiamkan diri.
Tina hanya mendiamkan diri. Tak lama kemudian bau itu hilang. Kemudian Tina terlihat seorang nenek tua melambai kearahnya. Bulu roma Tina meremang. Tidak mampu bergerak. Apa lagi bercakap. Kemudian nenek itu pergi. Tak lama kemudian angin kuat melanda kelasnya. Tina melihat ke luar kelas. Keadaannya biasa sahaja.
Tiba-tiba lampu terpadam. Semuanya gelap-gelita. Tina tidak mampu melihat apa-apa. Kemudian lampu kembali terpasang. Tina terkejut! Rakan-rakannya sudah hilang! Begitu juga dengan Cikgu Dila. Tiba-tiba, Tina terdengar bunyi seorang kanak-kanak menyanyi 'lagu buai laju-laju'. Tina bernafas dengan laju.
Akhirnya, Tina pengsan.......
"Tina? Tina?" Terdengar suara ibunya memanggil. "Ibu?" Ibu Tina memeluk Tina. "Kenapa kamu tidak beritahu kelas tambahan dibatalkan? Mengapa kamu duduk di dalam kelas?"
Tina semakin bingung. Apa? Tiada kelas tambahan? Jadi, siapa yang duduk disebelahnya? Siapa yang duduk di meja guru? "Mak cik pengawal ini juga beritahu yang kamu bercakap seorang di pondok itu," Ibu Tina menunding jari pada pondok tempat Tina bertemu dengan mak cik itu.
Tina hanya mendiamkan diri. Dia ada teringat. Rakan-rakannya ada bercerita tentang roh ibu dan anaknya yang bermain buaian. Anaknya suka menyanyi lagu 'buai laju-laju'. Tina tidak mampu berkata apa-apa. Hanya terdiam. Ibu Tina membawa pulang anaknya.
Labels: Alia Irdina, Cerpen, Seram |