Hikayat Novella
Novelist
Follow


© Skin by Esha Reekay basecodes by atiqah jaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
Cerpen #EHM : Misi Saiz XL
Monday, 29 December 2014 0 CHINGU {S}


Suasana cukup riuh untuk semua para pelajar. Semua sudah naik histeria. Peperiksaan makin hampir, dan menghampiri! Mujurlah peperiksaan bagi semua warga tingkatan 5 masih belum kunjung tiba. Namun, bagi Edrina, Widya dan Umi...itu merupakan ujian yang cukup besar dan tidak mampu dijawab dengan sebelah mata.
Edrina sudah menghafal sebuah buku Geografi dalam masa 10 minit sahaja. Ini kerana, otak Edrina memang cap ‘kancil’ kerana mampu membaca dan menghafal setiap ayat! 2 dalam 1 betul! Otak Edrina seolah-olah komputer yang mampu menyimpan beribu-ribu data di dalam unit sistem dan pemacu kilat.
Manakala Widya sudah tergaru-garu kepala. Susah benar hendak menyebut bahan kimia! E-coli menjadi baldi, virus H1N1 menjadi 2NE1. Aduhai, naya betul! Widya ada kalanya tergaru-garu kepala bukan kerana mencari idea, tetapi kelemumur yang bergelen di rambut. Widya memang spesis pemalas hendak mencuci rambut dan membuang kelemumur yang membiak secara koloni yang terlalu banyak.
Umi? Umi asyik menghirup kuah sup mi yang dibuatnya sambil berkerut dahi ingin menghafal formula Matematik yang diajar oleh Cikgu Haizi. Matilah sekiranya gagal subjek itu! Diberi dua libas rotan dan pakej tempias air liur Cikgu Haizi, selaku guru kedua paling garang di Sri Bangsar!
Ketiga gadis gemuk itu sedang duduk di luar halaman rumah Umi. Mereka hampir pecah perut dek Umi menghidangkan mi sup, ayam tandoori dan burger Oblong sebanyak 3 pinggan seorang. Manakala minuman air kopi yang lazat dan berkrim. Tidak rugi betul mereka belajar di rumah Umi. Dapat belajar dan makan secara percuma sekaligus!
“Aduh, susahnya hendak menyebut perkataan ini!” Widya menunjukkan perkataan yang tidak mampu dibacanya kepada Edrina. Sudah sedia maklum, otak Widya lebih sukar berfikir kerana tidak minum susu Anmum! Itulah penyebab sel-sel otak tidak berhubung!
“Aik? Ini perkataan apa? Bukankah ini virus E-Coli? Susahkah menyebutnya?” Edrina hampir tergelak besar. Jika ketiadaan Widya, dia sudah tergolek-golek tergelak! Virus E-Coli, budak tadika pun tahu sebut! Apatah lagi Widya yang sudah memasuki alam remaja! Buat malu sahaja!
“Ops! Sorry! Saya tidak ingat!” Widya tersipu-sipu malu.
“Tidak ingat? Habis, dalam otak awak ingat Mr. LobakLobak sahaja?” Umi sudah mengusik. Widya makin merah padam mukanya sebaik mengingati rakan sibernya, Mr. LobakLobak atau nama sebenarnya, Luqman.
“Ish, ada sahaja kamu ini, Umi. Peperiksaan esok sahaja. So, please be serious! No more hankie pankie, no more play play!” Edrina sudah menyambung aktiviti membacanya. Manakala Widya masih belum hilang rasa malunya, Umi pula tergelak besar sambil mengetuk meja! Haish, haish, haish!
*****
Peperiksaan sudah hampir tamat. (Malas hendak taip mengenai semasa peperiksaan  )
Edrina, Widya dan Umi sudah tersenyum sumbing. Mereka menjeling dan menjongket kening memandang sesama sendiri. Tidak sabarnya! Setelah sekian lama berusaha demi mencapai peperiksaan akhir, kini hampir selesai!
“Baiklah, semua boleh hantar kertas dan balik,” beritahu Cikgu Haizi, dengan intonasi tegas.
Edrina orang pertama yang menghantar kertas dan terus berlari keluar. Disertai Widya dan Umi. Dengan senyuman yang terpancar dan gelak ketawa....
“Satu...dua....tiga!” Edrina memberi arahan.
“MERDEKA!!!!!!!!” Ketiga-tiga gadis gemuk itu melompat-lompat seperti cheerleaders yang hampir menamatkan persembahannya. Terjojol mata pelajar yang melintasi mereka.
Sekolah Sri Bangsar ditimpa gempa bumi kecil dek penangan lompatan mereka bertiga! Oh, tidak! Mujurlah tiada sebarang kecederaan dan kerosakan! Edrina, Widya dan Umi ketawa terbahak-bahak kerana projek yang dirancang sejak azali sudah selesai dengan jayanya! Wuhuuu!
-Tamat....-

Labels: ,





Cerpen #PMCS : Misteri Aira
Monday, 20 October 2014 0 CHINGU {S}


Aira pantas menuruni tangga. Dia amat risau dengan kedatangan seorang manusia yang mampu menyerami kehidupannya. Aira gementar dan terketar-ketar. Dia perlu menghilangkan diri dari asrama yang sangat seram dan sepi itu.
Kelihatan semua penghuni asrama sedang lena diulit mimpi. Aira berlari secepat mungkin dan terhenti di kaki lima. Kelihatan bayang-bayang yang besar menghampiri tubuh kecilnya. Aira hampir kaku dan beku. Jika tersentuh kulitnya, sejuk bak disambar ais!
Bayang itu menghampiri, dan makin hampir...Kelihatan bayang itu mempunyai mata yang merah dan kuku yang tajam. Aira menjerit kuat namun tidak mampu didengari sesiapa kerana sudah diterkam mulutnya oleh bayang-bayang itu. Aira cuma mampu bergerak kiri dan kanan namun dengan perlahan dan lemah.
Terkaman bayang itu amat kuat dan membuatkan Aira lemas. Akhirnya, Aira lemas dan pengsan. Beg galas yang digalas dicampak ke hadapan bilik tidur pengetua asrama itu. Aira diseret oleh bayang-bayang itu. Wajah putih mulus Aira berdarah-darah kerana diseret di atas jalan tar yang berbatu-batu. Seram tahap tertinggi!
(*.*)
Pagi itu kecoh satu Asrama Nur kerana kelihatan bangkai manusia yang berdarah-darah dan terbelah dua. Badannya tinggal sekeping. Seluruh organ dalaman dan luaran hilang dan cuma tinggal tulang-belulang dan tengkorak. Itu ialah gadis yang bernama Aira, yang dibaham oleh bayang-bayang misteri yang menggelarkan dirinya 'Hantu Misteri!'
Polis tidak mendapat tahu punca sebenar kematian Aira. Cuma gadis yang sudah tidak bernyawa itu yang tahu. Satu misteri yang besar dan tidak terungkai oleh sesiapa...
Oleh kerana peristiwa itu, Asrama Nur berpindah dan kawasan itu digelarkan 'Kawasan Syaitan Bertandang' dan sesiapa yang duduk di situ akan dibaham oleh bayang-bayang yang sama seperti yang membaham Aira. Kini, kawasan itu menjadi kawasan yang penuh misteri dan diselebungi seram yang bertalu-talu...

Labels: , ,





Bab 1 : Tidak Puas Hati
Saturday, 13 September 2014 0 CHINGU {S}


"Huh! Habis menggelupas kulit sebab tenyeh lantai tandas yang busuk itu! 24 jam cikgu asyik cakap fasal Suhana, Suhana, Suhana! Benci dengan nama itu! Tidak kisahlah sesiapa pun bernama Suhana!" Jezmira mengadu kepada enam insan yang sentiasa menemaninya. Iaitu:
1. Helizah Halmi - Kelas 5C
2. Fashah Sandah- Kelas 5C
3. Aydah Jebatt - Kelas 5B
4. Izerin Azmindah - Kelas 5D
5. Mimy Ermida - Kelas 5B
6. Siti Nurhelizawati - Kelas 5D
"Betul! Bernanah telinga mendengar nama Suhana! Benci betul!" Ermida mengomel. Memang mereka amat membenci Suhana yang sentiasa menjadi buah mulut setiap guru di Sekolah Menengah Bandar Baru Insar.
Sehinggakan Suhana mempunyai kelab peminat! SuhanaVengers! Sungguh panas hati tujuh gadis itu! Siapalah yang menubuhkan kelab itu pasti akan dilenyek seperti kentang lenyek dan digolek seperti kambing golek!
Dengan tidak sengaja, mereka terserempak dengan Suhana. Dikelilingi atlet-atlet sekolah lelaki yang amat popular di sekolah. Namun, Suhana dikepung pula dengan cheerleaders sekolah. Suhana amat cantik dan menawan! Mampu memikat hati sesiapa sahaja yang memandang!
"Suhana! Saya peminat nombor satu awak!"
"Tak! Jangan percaya cakap dia! Sayalah peminat nombor satu awak!"
"No, no, no! Saya! Saya memang ikuti perkembangan awak di Facebook, Blog, Youtube, WeChat, Instagram, Twitter dan banyak lagi!"
Terbeliak mata tujuh gadis itu. Sungguh tidak dijangka, tiga atlet bertaraf 'star' iaitu Zaaron Afziz, Shahrul Azizi dan Hanaffi! Sungguh menyakitkan hati mereka semua! Mereka berpaling tadah!
"Hoi budak lembab! Perasaan pandai konon! Tahulah dia jadi buah mulut semua cikgu!" Jezmira menjerit lantang.
"Eh, awak pun menjadi buah mulut Cikgu Leelofa!"
Jezmira kendur kegeramannya. Tersenyum gembira apabila mendapat berita hebat itu. Sungguh dia amat meminati Cikgu Leelofa yang menyerupai wajah Neelofa itu.
"Awak jadi buah mulut Cikgu Leelofa sebab mengada-ngada! Hahahhah!" Semua disitu ketawa terbahak-bahak.
Muka Jezmira kemerahan. Geramnyaaa!!!! Yang mengatakan dia buah mulut sebab mengada-ngada itu sudahlah putera idamannya, Zaaron Afziz! Eeeeee!!
"How Dare You! Siaplah awak semua! Hidup awak semua takkan bahagia seumur hidup! Awak semua akan merana selamanya dengan kuasa saya! Nantilah!" Jezmira terus meninggalkan mereka yang terpinga-pinga.
Ugutan itu langsung tidak menakutkan sesiapa di situ. Suhana pun terus berjalan meninggalkan mereka. Terus mereka mengejar V.I.P itu! Sungguh mereka menjadikan Suhana sebagai idol! Hati Jezmira kepanasan! Jika dijirus air sesejuk mana pun tak akan hilang kepanasan itu!
"Siaplah kamu semua!" azam Jezmira dalam hati. Apakah yang Jezmira akan lakukan kepada mereka? Nantikan...

Labels: , ,





Prolog PDH (Perasaan Hasad Dengki)
0 CHINGU {S}



Blurb :
Seorang pelajar tak akan mengalah begitu sahaja. Itulah pegangan hidup gadis bernama Nursuhana Emira binti Shazwim Hussain. Gadis ini menjadi pujaan setiap guru dan menjadi anak emas sekolah. Suhana peramah dan
sangat suka membantu rakan-rakannya yang mempunyai masalah akademik. Suhana aktif dalam akademik dan kokurikulum sekolah. Sungguh pelik mengapa dia menolak tawaran ke sekolah berasrama penuh elit di Bandar Baru Insar, Sekolah Raja Perempuan Al-Syukuriah.
Tidak sangka, gadis semulia itupun ada orang dengki. Suhana dibenci oleh Jezmira Syemira, gadis yang nakal dan lemah dalam akademik. Guru-guru asyik membebel dan memuji Suhana sepanjang masa. Jezmira semakin benci dengan Suhana lalu bertemu bomoh dan meminta Suhana disantau oleh hantu, jin dan syaitan. Namun, hasutan itu tidak memberi sebarang kesakitan pun kepada Suhana. Mengapa dia tidak terasa apa-apa?

@@@

Tatkala ramai pelajar sibuk bergosip dan menyanyi, seorang gadis ini cuma membaca buku sains fizik yang dibenci semua pelajar. Namun, dia sahaja yang meminati buku itu. Buku yang berbelit itulah yang dia suka sangat! Ramai pelajar hairan dengan sikap gadis yang bernama Suhana itu.
Sebenarnya, sewaktu pelajar kelas 5B bergembira, Cikgu Afi Putera sudah memasuki kelas untuk waktu Geografi. Suhana kusyuk membaca pun tahu si pendidik itu sudah masuk ke dalam kelas. Terpaksalah si guru itu berdehem kuat, barulah lintang-pukang duduk di tempat. Tanpa disedari, ada pelajar dari kelas 5D! Ish, ish!
"Kenapa perangai kamu teruk! Bising macam di pasar malam! Malulah! Kamu kelas second first tahu! Cuba tengok Suhana, baca buku diam sahaja. Dia seorang sahaja perasan cikgu masuk! Kamu ingat cikgu ini tunggul kayu?!" Cikgu Afi Putera memarahi pelajar 5B dan memuja muji Suhana.
"Oleh kerana itu, kamu didenda cuci tandas blok B! Kecuali Suhana. Suhana, kamu boleh sambung pembacaan tetapi buku Geografi yang kamu baru beli itu, apa nama dia...Sepak Geografi, Geoluz..apa ya?" Cikgu Afi Putera tergaru kepala sambil nada suaranya tegas.
"Geografi Gerak Gempurlah cikgu." Suhana ketawa kecil.
"Oh...ok. Yang lain, pergi pinjam alat pencuci mak cik cleaner kemudian pergi! Habis masa cikgu, cikgu mahu lihat tandas berkilat seperti emas!" Cikgu Afi Putera melaung suaranya.
Dalam masa yang sama, sepasang mata asyik menjeling Suhana. Seakan mahu membahamnya. Siapakah dia? Nantikan BAB 1...

Labels: , ,





Bab 4 : Penyibuk No. 1
0 CHINGU {S}



Faiz dan Safiyyah seronok berbual bersama. Mereka berasingan bilik hotel untuk mengelakkan dituduh membuat maksiat. Oleh itu, kos mahal sedikit. Faiz dan Safiyyah memang seperti capati dan kuah dal.
Tidak semena-mena, Zafira turut satu hotel dengan mereka! Tetapi ditemani editor dan pengarah majalah BELIMBING.
"Oh, well..well...well...the sweet couple is coming! Mahu honeymoon ya? Saya boleh tempahkan set hantaran 10 dulang! Mahu?" Zafira selamba ketawa mengilai seperti pontianak.
"Mana ada mana-mana pihak hantar 10 dulang. Lelaki hantar 7 dulang dan perempuan balas 2 dulang sahaja. Mana sesat lagi tiga? Sememangnya si Zafira tak ambil matapelajaran Sains RumahTangga masa di bangku sekolah menengah!" Faiz ketawa besar.
"Huh! Bisinglah!" Zafira mencebik lalu meninggalkan dua manusia yang dijeling tidak henti dari tadi.
Dalam masa yang sama, si pengarah dan editor berbual kecil,
"Eh, itu siapa agaknya?"
"Maybe itu ex-boyfriend Zafira!"
"Ataupun bekas suami?"
Hai, mulalah mereka bersangka buruk. Habislah Zafira! Dia akan dikutuk! Padan muka!

Labels: , ,





Cerpen : Kek Pisang Ibu
0 CHINGU {S}



Ibuku seorang penjual kek pisang. Aku amat menyukai kek pisang ibuku. Aku diberi umpan membantu membuat kek pisang dengan memberi dua potong kek pisang setiap satu kek yang telah siap.
Setelah setahun aku begini, aku makin bosan. Kek pisang sudah tidak sedap bagiku. Aku mencadangkan agar ibuku menukar citarasa kepada kek berkrim. Ibuku sehari tidak tidur cuba menyiapkan demiku.
Pagi itu, aku terjaga dan terdapat semangkuk kek berkrim. Aku menghabiskan kek itu. Kek itu sungguh lazat. Setelah habis, aku mencari ibuku untuk berkata terima kasih.
Aku terjumpa ibuku terkaku di dapur. Ibuku menggengam satu nota,
'Ibu hadiahkan kek berkrim untuk kamu, sayang'
Aku terkaku. Ibuku sudah tiada! Terima kasih ibu! Kini, aku sedaya upaya mendapatkan resepi kek itu.

Labels: ,





Cerpen : Si Lelaki Lembut
0 CHINGU {S}



Aku, seorang jurusolek profesional dan perlu menyolek pelbagai artis. Walaupun selalunya kerja ini perempuan yang lakukan, takkan si lelaki tidak boleh lakukan juga!
Aku terjumpa dengan si lelaki yang kacak. Aku jatuh suka dengannya lalu berazam ingin membedah menjadi si gadis tiruan.
Semasa dalam perjalanan, aku terserempak dengan lelaki itu. Dia berbual dengan gadis lain!
Sejak dari itu, aku berazam menjadi lelaki sempurna. Pada Aidilfitri aku pulang ke desa dengan senyuman anak jantan. Bapaku yang memegang erat parang untuk menghalauku dahulu kerana menjadi lembut sudah memaafkanku.
Dahulu aku dipanggil Cik Ros. Kini, aku Mr. Rosman Azhar, lelaki sejati sebenar!
Sekian, terima kasih.

Labels: ,





Bab 3 : Kerja dan Bertemu...
0 CHINGU {S}



Zafira sibuk menyusun dokumen kerana terpaksa pulang ke Kuala Lumpur sebaik si bos merengek kerana Dato' Harris yang meminatinya menyuruhnya menyiapkan 20 artikel baharu untuk muka gosip di majalah gosip terkemuka, BELIMBING...
Sebagai wartawan, Zafira akan menemuramah pelbagai artis, seperti Zaaron Adziz, Izrin Azmanda, Amir Baharon atau Ahda Lekiu. Zafira amat suka apabila disuruh menemuramah artis. Zafira terfikir bagaimana dia mahu menghancurkan Safiyyah si penyibuk jalan pencintaan mereka.
Dalam masa yang sama, Zafira ditugaskan untuk menemuramah artis Tizz Takziahh dan Jerikko Rozeles selaku pelakon drama berepisod di siaran 136 iaitu Kerusinero Cinta.
"Zafira, kau kena ke Kampung Teluk Jernih di Selangor. Kau kena ikut Tizz Takziahh dan Jerikko Rozeles. Mereka mahu dating di sana. Ada 2 media televisyen iaitu NLive! dan PropaGanjil sudah bertolak. Kau akan bersama Cik Suzanna ke sana." beritahu Heliza selaku penerbit.
"Baiklah. 12 beg saya akan bawa. Di sana ada Hotel Jernih yang cantik dan popular!" Zafira tersenyum.
*****
"Hai Saffiya. Jom kita ke Kampung Teluk Jernih. Di sana ada pantai yang cantik. Saya mahu bawa awak ke sana. Bila masa awak free?" soal Faiz.
"Urm..esok!"
"Ok, saya datang pukul 9 pagi. Perjalanan agak lama. Pastikan semua beg, alatan mencukupi."
"Baiklah~"
Adakah mereka akan bertemu Zafira? Dan, bagaimana mulut Zafira jika bertemu mereka? 
Nantikan...

Labels: , ,





Bab 2 (BCKPA)
Sunday, 27 July 2014 0 CHINGU {S}



Suasana nun gelap gelita. Safiyyah duduk termenung di pondok kayu hasil pokok buluh. Gitar di tangan langsung tidak memberi semangat. Di fikirannya menari-nari terfikir mengenai Faiz.
Ada kalanya berubah fikiran kepada ugutan Zafirah. Namun, Zafirah perempuan perasan cantik dan berlagak. Sudahlah pakai tersingkap sana sini seperti tidak cukup duit untuk beli kain di Jakel! Hei! Duit melimpah ruah digunakan untuk benda yang tidak sepatutnya.
Apabila Safiyyah berfikir semula, semasa Zafirah muncul tiba-tiba. Dia menggayakan baju blaus yang ketat mengikut bentuk badannya. Zafirah berambut coklat dan berkuku merah jambu. Siap dihiaskan manik di atas kuku! Sungguh tidak takut dosa!
Skreet! Fikiran Safiyyah hancur di siat-siat apabila Putra muncul. Putra merupakan bakal tunangnya. Putra sanggup menerima sikapnya yang lasak. Putralah satu-satunya putera di hati Safiyyah.
"Hah, menung apa itu!"
"Ish. Terkejut Sya."
Nama manja yang diberikan untuk Safiyyah ialah Sya. Putra Adam Zulrahman pula diberikan nama Am.
"Apa kata Sya nyanyi satu lagu untuk abang?"
"Hurmm, yalah."
Gitar dipegang. Irama yang unik dan suara merdu bakal dikeluarkan dari tekak milik Safiyyah! Lagu yang dinyanyikan ialah Cinta Muka Buku dari Najwa Latif. Putra tetap memberi dokongan dan semangat pada Safiyyah semasa tiada suara.
* * * * * *
"Ok, bye!"
Zafirah berjalan tidak tentu arah. Mabuk gayanya. Minum arak seperti minum air mineral. Dia minum air kencing syaitan!
Memasuki rumah agam, Zafirah terbaring di sofa. Dengan berbaju ketat ala sarung nangka dan skirt pendek, cukup mendapat berganda dosanya. Zafirah tidak mengetahui apa itu dosa agaknya!
"Tengku Juwita Zafirah! Kamu mabuk lagi!" Suara Tengku Juwita Zaleha dengan nada tegas.

"Alah kak. Zafirah muda lagi. Tua nanti Zafirah taubatlah. Masa inilah Zafirah nak berhibur sepuas hati!" Itulah pegangan manusia muda zaman kini.

Dicoret oleh : Wana Lissa

Labels: , ,





Bab 1 (BCKPA)
0 CHINGU {S}



Gadis itu memanjat pokok rambutan dengan mudah dengan sekali lalu sahaja. Tiba di atas dahan, gadis itu mencapai buah rambutan dan menguyah buah itu dengan aura comelnya!
Faiz seakan jatuh hati pada gadis itu. Pantas selipar disarung dan menuju ke arah pokok rambutan yang dipanjat gadis itu. Harap mudah didekati dan mudah berkenalan!
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam, ya kenapa?" soal gadis itu.
"Hebat cara awak panjat pokok rambutan ini. Boleh panjat sama?" pujian Faiz membuatkan pipi gadis itu merona merah. Terserlah kecomelannya!
"Panjatlah. Ini pokok rambutan abah saya. Hati-hati!" ujar gadis itu.
Faiz mula menanggal selipar. Memegang pokok rambutan dengan perlahan-lahan, mula mengangkat kaki dan mula memanjat perlahan. Faiz walaupun budak kampung tetapi masih tidak mengetahui cara memanjat pokok seperti budak kampung yang lain. Almaklumlah, budak kamdar! Eh...seperti gedung kain Kamdar! Kampung + Bandar = Kamdar! Huhu
Di pertengahan jalan, Faiz berasa seperti gatal-gatal di seluruh badan. Apabila menggaru, kedua tangannya mula bergerak dan melepaskan pokok. Dan...
Kedebumm!
Faiz terjatuh dari pokok rambutan dan terlantar di atas pangkin. Mujur di bawah pokok itu ada pangkin.
"Eh! Awak!" Gadis itu menerjun ke tanah.
"Aduh..." Faiz memeriksa badannya. Terdapat luka di lututnya. Darah mengalir kerana geseran di pokok.
"Eh, luka teruk ni. Sekejap ya, saya nak pergi ambil kain. Sekejap je!" Gadis itu menuju ke pondok kecil yang berhampiran Faiz duduk. Mencapai kain balut dan minyak sapu.
Gadis itu menyapu minyak dan membalut perlahan lutut Faiz. Faiz terkaku apabila memerhati wajah gadis itu. Cantik, comel dan peramah pula itu! Memang lengkap!
"Ok, dah siap!"
"Terima kasih. Oh ya, apa nama awak ya?"
"Nama saya Siti Safiyyah, boleh panggil Safiyyah."
"Oh..terima kasih banyak Safiyyah."
"Tak ada hal lah! Benda kecil sahaja!"
Tiba-tiba, dari semak samun muncul penyibuk utama yang bernama Tengku Juwita Zafirah binti Tuan Zarifin. Zafirah sudah muncul! Mulalah drama yang berepisod berjela-jela!
"Oh...balik kampung bukan nak berehat, tetapi mahu mengorat ya! Tak apa, Zafirah akan beritahu pada Mama Faiza!" Zafirah menjerit kuat.
"Hey Zafirah! Perlahanlah sikit suara! Tak malu orang kampung lalu-lalang tengok!" Faiz membalas dengan intonasi tegas.
"Ewah...ewah...mana ada orang kampung lalu bawa lalang!" Sungguh sekali Zafirah tidak memahami kata ganda. Ish! Ish! Ish!
"Sudahlah, saya mahu balik." Faiz laju melangkah walaupun kakinya masih cedera teruk. Zafirah menjeling sinis kepada Faiz.
Setelah bayangan Faiz pergi, Zafirah menghampiri Safiyyah. Safiyyah yang memanjat pokok rambutan semula terhenti kunyahan rambutan. Hampir tersembur baki rambutan yang berada di dalam mulut kerana Zafirah cuba memanjat dengan memakai skirt labuh.
"Woi minah kampung! Jangan kau nak rampas Faiz daripada aku! Kalau kau degil, siap kau!" Amaran itu langsung tidak diendahkan oleh Safiyyah. Safiyyah lebih suka menyambung kunyahannya.
"EEE!! Siaplah kau minah kampung! Kau belum kenal lagi siapa Tengku Juwita Zafirah!" Ugutan itu bernada benci teramat. Namun, Safiyyah tetap tidak endah.
Tanpa membebel dan manusia itu buat pekak telinga, Zafirah beredar dan memasuki kereta BMW miliknya. Safiyyah ketawa kecil melihat muka Zafirah merah padam geram!

Dicoret oleh : Wana Lissa

Labels: , ,





Prolog (BCKPA)
Saturday, 26 July 2014 0 CHINGU {S}


Tajuk : Bukti Cinta Kau Pada Aku
Blurb :



Zafira, gadis bandar yang mengada-ngada yang menyukai Faiz namun Faiz langsung tidak melayannya. Faiz berhajat mahu melepaskan geram di kampung halaman, Kampung Intan Lesung di Johor. Zafira dalam diam mengikutinya ke Johor.
Faiz terserempak pula dengan Safiyyah. Safiyyah gadis kampung yang lasak dan manis. Walaupun lasak, dia tetap sopan di hadapan khalayak ramai. Zafira yang cemburu terus membusukkan nama Safiyyah kepada orang kampung.
Adakah Faiz berpaling arah kepada Zafirah dan terus memadamkan nama Safiyyah di dalam kepalanya? Nantikan novel ini nanti!
Prolog

"Mama tak setuju Faiz balik kampung! Kampung banyak nyamuk! Nanti Faiz duduk kampung tinggalkan mama!" 

"Alah, cuma dua bulan saja Faiz di sana."

"Janji dengan mama, dua bulan je?"

"Ya, Faiz janji dengan mama!"

Dari jauh, mata bulat Zafira memerhati. Memasang telinga sejak tadi. Zafira tidak akan membenarkan Faiz ke Johor! No way! Faiz Mr. Handsome miliknya! Nanti di kampung terus jatu hati pada perempuan kampung yang selekeh dan hodoh!

    

Kampung Intan Lesung, Johor.

Riuh suasana di rumah ibu angkat Faiz, Mak Semah kerana anak-anaknya yang kecil bermain dan bergaduh kecil di dalam rumah. Pak Jalang ke laut mencari hasil lautan.

Dari jauh, Faiz ternampak seorang gadis memanjat pokok rambutan. Faiz kagum dengan perempuan itu.

Dan.........

Dicoret oleh : Wana Lissa

Labels: , ,