![]() So respect me, please!
Archive
![]() ![]()
© Skin by Esha Reekay basecodes by atiqah jaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
![]() Cerpen #PMCS : Misteri Aira
Aira pantas menuruni tangga. Dia amat risau dengan kedatangan seorang manusia yang mampu menyerami kehidupannya. Aira gementar dan terketar-ketar. Dia perlu menghilangkan diri dari asrama yang sangat seram dan sepi itu.
Kelihatan semua penghuni asrama sedang lena diulit mimpi. Aira berlari secepat mungkin dan terhenti di kaki lima. Kelihatan bayang-bayang yang besar menghampiri tubuh kecilnya. Aira hampir kaku dan beku. Jika tersentuh kulitnya, sejuk bak disambar ais!
Bayang itu menghampiri, dan makin hampir...Kelihatan bayang itu mempunyai mata yang merah dan kuku yang tajam. Aira menjerit kuat namun tidak mampu didengari sesiapa kerana sudah diterkam mulutnya oleh bayang-bayang itu. Aira cuma mampu bergerak kiri dan kanan namun dengan perlahan dan lemah.
Terkaman bayang itu amat kuat dan membuatkan Aira lemas. Akhirnya, Aira lemas dan pengsan. Beg galas yang digalas dicampak ke hadapan bilik tidur pengetua asrama itu. Aira diseret oleh bayang-bayang itu. Wajah putih mulus Aira berdarah-darah kerana diseret di atas jalan tar yang berbatu-batu. Seram tahap tertinggi!
(*.*)
Pagi itu kecoh satu Asrama Nur kerana kelihatan bangkai manusia yang berdarah-darah dan terbelah dua. Badannya tinggal sekeping. Seluruh organ dalaman dan luaran hilang dan cuma tinggal tulang-belulang dan tengkorak. Itu ialah gadis yang bernama Aira, yang dibaham oleh bayang-bayang misteri yang menggelarkan dirinya 'Hantu Misteri!'
Polis tidak mendapat tahu punca sebenar kematian Aira. Cuma gadis yang sudah tidak bernyawa itu yang tahu. Satu misteri yang besar dan tidak terungkai oleh sesiapa...
Oleh kerana peristiwa itu, Asrama Nur berpindah dan kawasan itu digelarkan 'Kawasan Syaitan Bertandang' dan sesiapa yang duduk di situ akan dibaham oleh bayang-bayang yang sama seperti yang membaham Aira. Kini, kawasan itu menjadi kawasan yang penuh misteri dan diselebungi seram yang bertalu-talu...
Labels: Cerpen, Seram, Wana Lissa ![]() Cerpen #PMCS : Door 301
Di dalam sebuah rumah flat,tinggallah dua orang pelajar kolej wanita yang masing-masing berumur di antara 20 dan 21 tahun.Mereka sahaja yang tinggal di situ kerana lapan orang rakan mereka telah menniggalkan rumah itu kerana mereka percaya yang rumah itu berhantu.Yana dan Haifa tidak mempercayai cerita mereka dan mengendahkan sahaja apabila mereka berpindah di rumah yang lebih selamat.
Yana berada di biliknya seorang diri.Dia sedang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya,Puan Lianah pada minggu lepas.Ketika Yana sedang fokus menyiapkan tugasan tersebut,dia terdengar bunyi tapak kaki menghampiri biliknya dan kemudian pintu biliknya diketuk.
"Efa,buat apa awak datang ke bilik saya waktu tengah malam?"Tanya Yana dengan dahinya yang berkerut seribu.Tiada jawapan serta tindak balas.Yana lantas membuka pintu biliknya.Dahinya bertambah berkerut.Tiada sesiapa.Senyap lagi sunyi.Yana berasa pelik lalu berlari ke bilik Haifa dengan segera.Kelihatan susuk tubuh Haifa di atas katil bersaiz queen sedang tidur dengan lena.
Yana amat terkejut.Yana terus membangukan Haifa."Efa,Fa.Bangun,Fa.Ada sesuatu yang saya hendak beritahu awak"Nada suara Yana menjadi semakin perlahan.Tiba-tiba kedengaran lagi bunyi seseorang berjalan menuju ke arah bilik Haifa.Pintu bilik Haifa dibuka oleh Haifa sendiri."Yana,apa awak buat di bilik saya?"Tanya Haifa selamba."Nur Haifa binti Hamdan?Bukankan awak sedang tidur tadi?Ssa..Saya.."Balas Yana tergugup-gugup.
Haifa menggelengkan kepalanya."Yana,Yana.Bilik ini kosong.Saya pergi tandas tadi.Tiada siapa pun di atas katil itu."jelas Haifa.Yana kelihatan semakin takut dan badannya menggigil.Tiba tiba susuk tubuh Haifa hilang dari pandangan.Yana terkejut lalu keluar dari rumah tersebut dan berlari ke rumah jirannya.Yana terlupa yang tiada sesiapa yang tinggal di tingkat itu kecuali dia dan Haifa sahaja.
"Yana ... Yana .. Jom! Ikut saya .."Suara seseorang kedengaran di telinga Yana."AARRGGHHH!!"Yana menjerit lantas berlari tanpa arah tuju.Ketika dia sedang berlari,dia terjatuh ke bawah dari tingkat di mana dia tinggal iaitu tingkat 5.Tidak seorang pun mengetahui kejadian tersebut.Sehinggalah esok hari,ramai penduduk pergi ke tempat kejadian.Mayat Yana berlumuran dengan darah.
"Kasihannya.."
"Ya Allah.Kenapa?Apa yang sudah berlaku?"
Semua orang berasa simpati.Sebenarnya tingkat di mana Yana dan Haifa tinggal itu berhantu.Nombor rumah 301 adalah rumah yang Yana dan Haifa tinggal.Katanya,rumah itu bekas rumah pembunuh.Pembunuh tersebut mengumpul mayat-mayat di dalam rumah itu tanpa orang sedari.
Pada tengah malam itu,Haifa sebenarnya tidak ada di rumah.Dia telah memberitahu Yana yang dia pulang ke kampung kerana neneknya sakit.Kini,rumah flat itu kosong dan terbiar.Mereka juga telah merancang mahu merobohkan bangunan itu.
Labels: Cerpen, Minn Yoona, Seram ![]() Cerpen #PMCS : Awak, Awak Tidak Mahu Main Dengan Saya?
Izhar berjalan memasuki rumah usangnya yang sudah lama ditinggalkan.Rumah itu sudah ditinggalkan sebanyak 20 tahun oleh keluarganya.Beg pakaian dimasukkan ke dalam biliknya.
Dia terus meninjau-ninjau rumah itu.Dapurnya mempunyai satu tong gas dan juga pili airnya datang daripada sungai di belakang rumah.Hanya dia sahaja ahli keluarga yang masih tinggal dan hidup di muka bumi itu.
Emak,ayah,adik,abang,serta kakaknya juga sudah meninggal dalam satu kemalangan jalan raya.Mereka semua mati serentak.Kecuali Izhar yang berkerja sebagai polis.Apabila mendengar berita itu,dia terus meminta cuti kepada pegawainya.
Dia terus duduk di atas kerusi empuk yang berhabuk.Dia berasa rimas dengan semua itu.Dia terus mengambil penyapu dan juga bekas penyapu.Segala sampah disapu.Segala habuk dibersihkan.Setelah hampir setengah jam,barulah kerjanya siap.
Dia terus baring di atas sofa.Matanya terasa ingin terlelap.Digagahi juga untuk tidak lelap.Tetapi dia terlelap juga.
Apabila dia bangun,dia melihat jamnya.Sudah menunjukkan pukul 7.00 petang.Dia dengan segera bangun dari sofa dan menuju ke bilik air.Ketika sedang mengambil wuduk,dia terdengar suara budak-budak bermain.Dia terus menjengukkan kepala di luar tingkap.Tiada sesiapa.
Dia terus menyambung mengambil wuduk.Setelah selesai berwuduk,dia menuju ke bilik untuk bersolat.Apabila sampai di bilik,dia terlihat darah mengalir keluar dari bawah katil.Bulu romanya meregang seperti hendak tercabut.
Dia gagahi juga melihat ke bawah katil.Tiba-tiba badannya terundur ke belakang.Mukanya diusap beberapa kali.Seorang perempuan berlumuran darah keluar dari bawah katil.Dia terus menerkam Izhar.
Izhar cuba menjerit meminta tolong.Tetapi apakan dayanya,badannya sudah dicincang seperti daging.Misteri itu berlanjutan sehingga hari esok.
Seorang jiran terhidu bau busuk dari belakang rumahnya.Rupa-rupanya,sebelum keluarganya tinggal di rumah itu,seorang perempuan telah mati dibunuh kerana tidak melangsaikan hutang.Dan kini,diharaplan rohnya dicucuri rahmat.Amin ya rabal alamin amin.
Labels: Aniq Durrani, Cerpen, Seram ![]() Cerpen #PMCS : Kelas Tambahan
Tina melangkah keluar dari kereta. Dia mengangkat tangan paras dada dan melihat jamnya. Jam 7.45. Masih awal untuk masuk ke kelas. Hari itu, seperti biasa, Tina akan hadir ke sekolah untuk kelas tambahan. Sementara menunggu rakan-rakan lain hadir, Tina duduk di pondok bersebelahan dengan blok di mana terletaknya kelasnya.
Kelihatan ada seorang makcik yang duduk di pondok itu. Tina duduk di sebelah mak cik itu. "Assalammualaikum makcik," Tina menegur mak cik itu. "Waalaikummussalam, nak," Tina tersenyum. Itulah permulaan perbualan yang agak panjang di antara Tina dan makcik itu.
Setelah lama berborak, Tina ternampak lampu kelasnya terbuka. Tina meminta diri lalu berjalan menuju ka kelasnya. "Assalammualaikum," Tina mengetuk pintu kelas. Tiada siapa yang menjawab. Hanya kelihatan semua rakannya tertunduk. Termasuk Cikgu Dila.
Tina hanya menyangka mereka semua terlalu penat kerana petang tadi diadakan latihan sukan. Tina duduk disebelah rakannya Shasha. Dia mengeluarkan buku latihan muka surat 34. Seperti mana Shasha. Tiba-tiba Tina terbau satu bau yang sangat busuk. "Sha. Sha. Kau bau tak bau busuk?" Shasha hanya mendiamkan diri.
Tina hanya mendiamkan diri. Tak lama kemudian bau itu hilang. Kemudian Tina terlihat seorang nenek tua melambai kearahnya. Bulu roma Tina meremang. Tidak mampu bergerak. Apa lagi bercakap. Kemudian nenek itu pergi. Tak lama kemudian angin kuat melanda kelasnya. Tina melihat ke luar kelas. Keadaannya biasa sahaja.
Tiba-tiba lampu terpadam. Semuanya gelap-gelita. Tina tidak mampu melihat apa-apa. Kemudian lampu kembali terpasang. Tina terkejut! Rakan-rakannya sudah hilang! Begitu juga dengan Cikgu Dila. Tiba-tiba, Tina terdengar bunyi seorang kanak-kanak menyanyi 'lagu buai laju-laju'. Tina bernafas dengan laju.
Akhirnya, Tina pengsan.......
"Tina? Tina?" Terdengar suara ibunya memanggil. "Ibu?" Ibu Tina memeluk Tina. "Kenapa kamu tidak beritahu kelas tambahan dibatalkan? Mengapa kamu duduk di dalam kelas?"
Tina semakin bingung. Apa? Tiada kelas tambahan? Jadi, siapa yang duduk disebelahnya? Siapa yang duduk di meja guru? "Mak cik pengawal ini juga beritahu yang kamu bercakap seorang di pondok itu," Ibu Tina menunding jari pada pondok tempat Tina bertemu dengan mak cik itu.
Tina hanya mendiamkan diri. Dia ada teringat. Rakan-rakannya ada bercerita tentang roh ibu dan anaknya yang bermain buaian. Anaknya suka menyanyi lagu 'buai laju-laju'. Tina tidak mampu berkata apa-apa. Hanya terdiam. Ibu Tina membawa pulang anaknya.
Labels: Alia Irdina, Cerpen, Seram ![]() Cerpen #PMCS : Yassin..
'Huh, sampai juga dekat rumah sewa ini...'Keluh Luna.'Aku nak tidur dulu! Luna terus baring di atas katil yang tersedia di bilik. Sedang dia mahu melelapkan mata,dia terdengar seseorang sedang meneguk air.'Glurp,Glurp..' Bunyi apa itu? Walaupun berasa curiga, Luna tetap mahu melelapkan mata..'Baik aku tidur dulu..' Luna terus tertidur.
'Warghh,,, berjaya juga melelapkan mata..' Luna menguap. Dia berasa haus lalu pergi ke dapur. Dia terdengar bunyi itu lagi.' Glurp,Glurp..' Alangkah terkejutnya dia ketika itu kerana melihat fapur itu penuh dengan air. Air itu pula tersangat busuk. Luna tidak tahu mahu membuat apa lalu dia mengambil tuala lalu cuba untuk mengelap. Ketika dia hendak mengelap, dia rasa seperti tangannya terlekat di air itu. Lalu dengan sekuat hatinya, dia menarik tangannya dan menjerit,' ALLAHUAKBAR!!!!!' Selepas dia menjerit, dia tercampak ke dinding dan tangannya putus. Dia terus berlari keluar.
Tangan Luna sudah disimen. Luna meminta ustaz pergi ke rumahnya. Setelah ustaz itu menyiasat, rupa-rupa nya rumah itu pernah diduduki oleh seorang lelaki yang penagih arak. Ustaz itu menuang air yassin didapur itu. Air itu terus hilang....
Labels: Cerpen, Farha Sani, Seram ![]() Cerpen #PMCS : Lorong Kawasan Rumah Hantu
Aku mengunci kereta apabila menghampiri kawasan rumah. Penatnya, tidak sabar mahu menghempas tubuh di atas katil yang selesa dan kepala ditindih di atas bantal lembut. Hari ini memang banyak kerja! Kerja-kerja yang remeh masih belum disiapkan kerana hari makin lewat. Bos membenarkan aku pulang kerana keadaanku membuatkan hati tua bos aku tersentuh.
Aku meletak kasut tinggi di dalam rak sejuk rasa kakiku ini. Rasa ada benda sahaja yang tidak kena. Baru aku ingat, Zulaika dan Mira baru menelefonku tadi untuk berlepak-lepak di lorong kawasan rumah yang sunyi. Kebetulan, di situ ada taman permainan yang sudah lama tiada 'penghuni' mahu bermain di situ setelah taman permainan baru dibuka. Kebetulan juga, di lorong itu gelap dan ada sebuah rumah besar yang tiada tuannya. Kami akan ke sana jika mood tidak baik.
Aku tidak getar ke sana. Tetapi, bila aku ke sana aku berasa ada debaran di dada. Zulaika dan Mira kata, dia tidak boleh keluar dari alam gelap itu. Kata mereka, mereka tidak akan pergi ke mana-mana selain tempat itu. Kebetulan juga, aku baru satu minggu kenal mereka. Zulaika kata, tiada sesiapa yang nampak mereka berdua selain aku. Aku tidak mengerti apa mereka katakan.
Aku menggeleng kepala, tidak mahu mengelamun, dengan pantas aku membuka kunci pintu dan membuka pintu perlahan-lahan. Pintu papan diterjah sebab aku tidak sabar mahu berehat.
Aku lebih suka tinggal seorang diri dalam rumah. Dari berkahwin dan ada anak, memang menyusahkan. Kena buat itulah, inilah. Aku tidak rasa hidup seorang diri membujang ini tidak seronok. Ada keistimewaannya, aku boleh bebas ke mana-mana.
Aku masuk ke dalam bilik. Lampu dibuka. Aku menukar pakaian kerja kepada pakaian tidur. Selepas itu, aku terus menutup lampu. Badan dihempas di atas katil. Seronok rasanya dapat berehat! Mataku dipejam rapat.
"Qisya, ohh...Qisya!"
Suara siapa itu? Aku rasa aku duduk seorang diri sahaja dalam rumah ini, tiada yang lain! Aku tidak pernah dengar suara itu. Aku terus menyambung tidur, suara panggilan tadi tidak diendah.
"Tuk,tuk!"
Aku berasa pintu bilikku diketuk bertalu-talu. Kakiku tiba-tiba rasa digigit oleh gigi yang tajam. Aduh! Sakitnya bukan kepalang! Tiba-tiba bunyi air dari bilik air terasa dibuka dan berbunyi. Apa yang sudah terjadi?
"Qisya!!! Sini kau!"
Astaghfirullahalazim! Benda apa ini? Kenapa mukanya berdarah dan berbaju putih? Tiba-tiba aku terasa diriku dimamah oleh hantu. Memang benar, ini bukan alam fantasi ini benar-benar realiti.
"Jangan kau ganggu lorong rumah aku lagi! Jangan kau layan aku lagi!" Tiba-tiba wajah Zulaika dan Mirah terpancul di arah mukaku. Sku tahu, mungkin ini kerja mereka. Patutlah semua orang tidak nampak mereka, mereka ialah hantu! Mungkin mereka marah kerana aku tidak tunaikan janji mereka.
Tangan mereka memegang sebilah kapak. Apa mereka hendak buat? Dengan laju, kapak itu dibaling ke arah kepalaku. Aku berasa aku sudah mati. Aku sudah kehilangan badanku serta nyawaku. Aku tidak akan memandang alam ini lagi. Inilah masanya aku mati. Aku sudah kehilangan kepala, badan serta tanganku. Semua putus!
Mataku dimamah rasanya, kepalaku dimakan oleh siapa? Aku...
Aku terus bangkit dari katil. Apa itu cuma mimpi? Aku bingung sekarang. Alhamdulillah, hanya mimpi.
Aku mengurut dahi. Alhamdulillah, aku masih hidup!
Zulaika? Mirah? Mana mereka? Aku memang berasa bingung. Aku membuka pintu bilik air. Air paip ditutup. Aku memandang kakiku. Kakiku cantik dan sempurna! Tiada kesan gigit! Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat. Mungkin mimpi itu terjadi sebab aku melalui lorong gelap dan memasuki rumah hantu.
Aku berjanji, aku tidak akan melangkah ke tempat itu lagi. Aku akan menggunakan kakiku untuk ke tempat sempurna. Ini pengajaran untukku supaya berhati-hati dan tengok tempat itu sebelum pergi. Wallahualam.
Labels: Arissa Raihah, Cerpen, Seram ![]() Cerpen #PMCS : Villa Nadila
6 pelajar sekolah telah memenangi sebuah pertandingan Uji Minda.Mereka telah memenangi percutian di Villa Nadilla.Mereka bersorak gembira.Lalu mereka terlompat riang gembira.Mereka pulang ke rumah masing-masing.Nad,Ziha,Airin,Trisha,Syif dan Nad,sudah tiba di sekolah dengan bagasi yang penuh dengan baju.Sebuah Bas tersedia di sana.Mereka menghulurkan bagasi mereka.Lalu disumbatkan di dalam bas.
Sewaktu sampai di Villa Nadila,pada pukul 12 malam,Nad,Ziha,Trisha,Syif dan Fid gembira.Tetapi Airin terdengar bunyi kanak-kanak perempuan sedang bermain guli.Hati Airin rasa tidak senang.Dap dup dap dup jantung Airin.Malah hanya Airin sahaja yang tahu.Mereka semua masuk ke bilik yang tersedia..Bilik mereka terbahagi kepada 3 bilik.Bilik bernombor (230) untuk Ziha dan Syif.Bilik bernombor (241) untuk Fid dan Nad .Bilik bernombor (219) untuk Airin dan Trisha.
Pada pukul 2 pagi,semua telah tidur nyenyak kecuali Airin.Airin rasa mahu terkucil.Bergegas Airin ke tandas.Sewaktu Airin mahu mengepam tandas air itu bertukar menjadi warna merah pekat.Dan ianya ialah DARAH yang mengalir.Airin berlari ke biliknya,tetapi tidak sempat ke biliknya Airin diterkam.Darah Airin mengalir derus sampai kebiliknya.Trisha rasa macam bau hancing,lalu melihat darah yang mengalir.Trisha seram sejuk.Lalu Trisha pandang di bawah katil dan menjumpai mayat Airin yang sudah berulat.Trisha memanggil rakannya dan memberitahu tentang kejadian.Mereka melihat mayat Airin sudah Hilang.Mereka menjelajah di Villa Nadila untuk mencari mayat Airin.Lalu mayat Airin mengekori mereka dari belakang.Mayat Airin menegur mereka.Mereka pandang ke belakang.Muka Airin bertukar menjadi tengkorang yang berulat.
Mereka berlari anak melihat Muka Airin.Mayat Airin menerkam Syif dari belakang..Mayat Airin mencampak Syif dari tingkat 9 ke bawah.Darah Syif berlumuran.Mereka hanya tinggal berempat.Trisha lari meniggalkan rakannya malah Trisha terjatuh .Mayat Airin tiba di situ,lalu Trisha dibunuh,kepalanya terbelah.Nad,Ziha dan Fid.Menjerit meminta tolong.Malah Fid ditarik dari tingkat 9.Rambutnya ditarik menuruni tangga.Kepalanya berderai.
Nad dan Ziha berlari hingga air mata keluar.Nad dan Ziha pergi ke dapur untuk mengisi tenaga.Alhamdullilah kenyangnya mereka.Mereka terus cuba melarikan diri..tetapi pintu semua tertutup.Tanpa sedari Mayat rakannya berada di belakang.Nad ditarik lalu mayat Trisha mencapai pisau dan memotong badan Nad lalu dicincang di dalam blender.hanya tinggal Ziha seorang.Ziha menagis malah Ziha dibunuh.Usus Ziha terkeluar.Mayat mereka semu hanya ditiggalkan.
Sebenarnya rumah itu mempunyai seorang kanak kanak yang ingin menyelamatkan ayahnya.Tetapi budak itu dikepung.Lalu budak itu dibunuh dan mayatnya ditanam di dinding dengan ayahnya
Labels: Aleeya MKNS, Cerpen, Seram ![]() Cerpen #PMCS : Rumah Sewa Berhantu
Jam 6:45 di Osaka, Jepun.
"Delaila bagaimana keadaan kamu di situ ?"
"Saya baik sahaja di sini ibu"
"Baguslah kalau macam itu. Selamat tinggal Del. Ibu mahu pergi ke pasar. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam selamat tinggal"
----------------------------------------------
Delaila mematikan telefon bimbitnya. Dia berbaring di atas katil yang telah tersedia di dalam rumah sewa tersebut.
Setitis air mata mengalir di pipinya. Dia begitu rindu akan ibunya yang berada di Malaysia. Siapa lah yang tidak rindu jika sudah 3 bulan tidak bertentangan mata dengan ibu sendiri ?
---------------------------------------------
Jam 7:05 di Osaka, Jepun.
Delaila keluar untuk membeli makanan. Di rumahnya, tiada apa lagi yang tinggal. Cuma bijirin untuk sarapan. Dia pergi ke kedai menjual makanan di hadapan rumah sewanya. Dia hanya memesan mi ramen sahaja. Selepas itu, dia pun pulang ke rumah. Delaila membuka penutup cawan mi ramen itu. Dia mencapai garfu yang sudah berada di atas meja di hadapan televisyennya.
---------------------------------------------
Delaila hanya mengambil masa dua hingga tiga minit sahaja untuk menghabiskan mi ramen tersebut. Selesai sahaja makan, dia pergi ke dapur untuk mendapatkan segelas air. Delaila meneguk air yang dituangnya ke dalam gelas. Tiba-tiba ada suara yang memanggil namanya !
----------------------------------------------
"Delaila.....Delaila......." Delaila tercari-cari suara yang memanggilnya itu ! Setahu dia, hanya dia sahaja yang tinggal di rumah itu !. Dia membiarkan sahaja suaru itu. Sebenarnya dia takut ! Tapi dibiarkan sahaja rasa takutnya itu. "Mana ada hantu....Hantu kan tidak wujud....." Bisik hatinya.
-----------------------------------------------
Jam 8:56.
Sudah hampir jam 9:00 namun, Delaila masih tidak tidur. Biasanya dia tidur awal. Tetapi tidak pada malam ini. Dia teringatkan peristiwa yang berlaku kira-kira jam 7:50 tadi. Dia masih tertanya-tanya siapa yang memanggil namanya tadi. Perasaan curiga mulai menghantui dirinya !
------------------------------------------------
Jam 9:30.
Pada jam 9:30 barulah Delaila rasa mengantuk. Dia masuk ke dalam biliknya. Dia baring di atas katilnya. Dia menarik selimut hingga ke paras leher lalu, menutup matanya. Tiba-tiba Delaila terhidu sesuatu yang amat busuk ! Dia terjaga dari tidurnya. Dia segera mencari dari mana datangnya bau busuk itu. Dia menghidu dan menghidu. Semakin lama semakin kuat bau busuk tersebut ! Dia menundukkan badannya dan terlihat seorang budak perempuan sedang berbaring di bawah katilnya ! Mata budak perempuan tersebut terbuka luas ! Delaila terkejut ! Dia juga mendapati yang bau busuk tersebut datang dari arah bawah katilnya !
Budak perempuan tersebut merangkak ke arah Delaila ! Delaila in in membuka langkah seribu tetapi, apakan daya kakinya telah ditahan oleh tangan budak perempuan tersebut ! Budak perempuan tersebut berdiri dan berkata "Ini adalah rumah Hikari ! Berani awak datang kesini ?!" Budak perempuan tersebut marah ! Delaila menjerit dan berkata "Maafkan saya......Saya tidak tahu yang ini rumah awak....Tolong lepaskan saya !" Jerit Delaila ! "Tidak ! Saya tidak akan melepaskan sesiapa yang berani datang ke rumah ini !" Kata-kata kesat keluar dari mulut Budak perempuan tersebut !
Delaila cuba untuk melepaskan diri ! Namun, dia tidak berjaya ! Budak perempuan itu menarik kaki Delaila ke bawah katil ! Delaila menjerit sekuat hatinya ! Namun, tiada siapa yang mendengar jeritannya ! "Tamatlah riwayat awak pada malam ini ! Hahaahahah !" Ketawa budak perempuan tersebut ! Budak itu mencakar tubuh badan Delaila ! Darah Delaila berlumuran ! Budak itu menghisap darah Delaila ! Tubuh badan Delaila hancur habis ! Tiada satu pun organ dalamannya yang tinggal !
Keesokkan paginya, telefon Delaila berbunyi. Budak perempuan yang membunuh Delaila mencapai telefon bimbit tersebut. Dia menjawab panggilan tersebut dan berkata "Budak itu sudah tiada ! Hahahahahahaha !" Laku dicampaknya telefon tersebut sehingga pecah ! Ibu Delaila amat terkejut ! Dia tidak tahu apa yang telah berlaku.......
Labels: Adriana, Cerpen, Seram ![]() Cerpen Pemenang Pertandingan Mencipta Cerpen Seram ~ Awak, Awak TIdak Tidur Lagi? by Nur Alia Irdina Rosdi
Alina berjalan menyusuri koridor motel. Dia merasakan percutian penggal itu adalah yang paling malang. Dia terpaksa menginap di Motel Tara selama 3 hari berseorangan. Mengerling pada jamnya, anak panah pendek menunujukkan nombor 8. Bukan 8 pagi, 8 malam. Sedang berjalan, tiba-tiba ada satu mahluk berjalan perlahan menyeberangi laluan koridor itu. Langkah Alina terhenti.
Mahluk itu sempat mengerling pada Alina. Alina tidak mampu bergerak. Tubuhnya bagaikan terpaku.Meremang bulu roma! Apabila mahluk itu menghilang, Alina dengan seluruh tenaga yang ada, berlari sekuat-kuatnya. Dia juga terpaksa mamandang kekiri dan kekanan untuk mengetahui biliknya.
Setelah yakin bahawa dia sudah sampai kebilik yang betul, Alina cepat-cepat membuka pintu kayu itu. Ditutup serapat-rapatnya pintu itu. Selesai mengunci pintu dan yakin mahluk itu tidak mangekorinya, Alina mencapai tuala.
Jam 11 malam. Alina masih melekat di hadapan televisyen.Perasaan takut masih tidak hilang. Tetapi, demi cerita kegemarannya, dia menggahkan diri duduk di birai katil dan menonton televisyen.Selepas menonton televisyen selama lebih kurang 3 jam, Alina mencapai telefonnya. Dia teringat kembali peristiwa malang yang berlaku petang tadi...
Kawan sebiliknya, Fina terpaksa pulang ke kampung kerana maknya sakit. Masa itu pula, Alina sedang dalam perjalanan ke motel. Mereka tidak pergi bersama kerana waktu tamat kelas mereka berbeza.
Alina kembali ke alam nyata. Tup, tap, tup, tap di telefonnya sudah mengambil masa sejam. Pada jam 12 malam, barulah Alina terasa mengantuk. Dia menutup televisyen. Mangetuk bantal dan membaringkan diri. Alina terdengar bunyi tapak kaki. Semakin lama bunyinya semakin dekat. Kemudian ia berhenti. Alina sudah berpeluh. Dibiarkan sahaja bunyi itu.
Dia menarik selimut. Tiba-tiba paip air di dalam bilik air terbuka. Meremang bulu roma. Tik tok, tik tok. 1 pagi, Alina masih belum tidur. Tiba-tiba, Alina terasa seperti ada sesuatu yang duduk disebelahnya. "Awak, awak tak tidur lagi? Jom teman saya. Sob, sob, saya tidak ada kawan," Satu suara menjengah di telinga Alina. Peluh mengalir laju di dahi Alina. Bulu romanya tegak setegaknya.
Tak lama kemudian Alina terdengar bunyi televisyen terbuka. Dengan sendirinya! Bukan itu sahaja, kedengaran pula siaran televisyen itu ditukar-tukar. Peluh Alina bertambah. Bulu romanya kembali tegak. 10 saat kemudian, Alina terasa seperti kakinya diramas-ramas. Sejuk kaki Alina! Tak lama kemudian, segalanya kembali tenang.
Tapi, Alina seperti sudah tahu, akan ada perkara lain yang akan dilaluinya. Dan itu benar-benar terjadi. Selimut Alina ditarik. Perlahan. Alina menggahkan juga dirinya meninjau apa yang telah mengganggunya. Hanya meninjau tidak cukup bagi Alina untuk mengetahui apa mahluk itu. Sekali lagi, ia bersuara. "Awak tak nak teman saya? Temanlah, awak tak tidur lagi..." Alina terasa tubuhnya disentuh dengan kuku yang sangat tajam. Dari kepala hingga ke hujung jari kaki.
Rambutnya ditarik. Jatuh dari katil dan ditarik masuk kebawah katil. Alina meronta-ronta mahu melepaskan diri. Sempat Alina melihat wajah mahluk itu. Kukunya setajam pisau. Mukanya bagaikan di simbah asid! Biji mata tersembul keluar. Kuku tajam mahluk itu mencakar muka Alina. Dadanya dibelah. Dikorek segala isinya. Dicincang badan Alina
Sampai sekarang, jawapan bagi kematian Alina masih dicari. Motel tempat Alina menetap masih dibuka. Sesiapa yang manginap di bilik motel itu bakal menerima nasib yang sama dengan Alina. Sebenarnya, bilik itu adalah tempat seorang wanita yang kesunyian mengantung dirinya. Mayat Alina? Masih berada di bawah katil dengan mayat-mayat manusia yang lain...
Labels: Alia Irdina, Cerpen, Seram, Winner |