Hikayat Novella
Novelist
Follow

i'm a novelist. so what?
So respect me, please!
Archive


© Skin by Esha Reekay basecodes by atiqah jaidin. Image from . Do tell me if I do not credit yours.
Cerpen : Best Day
Saturday, 26 July 2014 0 CHINGU {S}


Best Day? Tak pernah ada dalam hidup.

Itu anggapan pemiliknya nama Qisya Qaireen Azzalea atau lebih dikenali sebagai Azzalea merangkap Timbalan Ketua Pengawas Sekolah Sri Kiara. Cermin matanya menyembunyikan anak mata yang lembut. Seorang yang tegas tetapi penyayang.
@@@@
Pagi itu, seperti kebiasaan bulan Jun, Azzalea berjaga mengambil nama di hadapan pagar bersama Faizal, rakan baiknya yang pondan sikit. "Jah, mana buah hati kau?" Terus jadi mangsa sekeh kepala Faizal.
"Azzam tak sihat. Demam." Kata Azzalea sambil menahan beberapa murid perempuan yang hadir lambat.
"Hei, mana boleh warnakan rambut? Awak stay kat sini!"
"Bagi sini telefon canggih dalam poket awak tu!"
"Cekak sepatutnya warna hitam atau putih sama macam getah rambut! Tak ada buku peraturan sekolah ke?"
Bebelan Azzalea makin bertambah dari hari ke hari. Daripada ulat bulu terus jadi ular tedung!
@@@@
Snap! Satu lagi gambar Azzalea menjadi tahanan Azzam. Azzam hanya tersengih. Comelnya Azzalea ni.
@@@@
Semua pengawas sekolah hanya menunggu bicara ketua mereka, Qhalish Azzam. Mukanya lain daripada yang lain. Tiada senyuman terpancar di bibir.
"Saya dapat tahu ada pengawas bawa phone ke sekolah. Betulkah?" Lantang suara Azzam. "Sekarang, semua keluarkan beg dan Azzalea, tolong saya spot check."
"Okay." Azzalea terus mengambil beg Azzam. Selamba tanpa kisah sama ada Azzam marah atau tidak pada dia. Azzam pula mencapai beg Azzalea.
"Lea, it is yours?" Azzam mengeluarkan sesuatu dari beg Azzalea. Terlopong sebentar para pengawas. Tak mungkin!
"What?!" Azzalea terjerit kecil apabila melihat Galaxy Note 2 yang digoyang-goyang Azzam.
"I can't believe it Qisya Qaireen Azzalea." Azzam menggeleng kesal. Azzalea tertunduk.
"Awak keluar dari sini Azzalea." Arah Azzam tegas. Azzalea yang dah terasa malu mengangkat kaki keluar dari situ.
"Sebelum itu.." terhenti sebentar langkah Azzalea. Tetapi dia tidak berpaling.
"HAPPY BIRTHDAY!!" Terdengar belon dipecahkan. Azzalea menoleh. Sebuah kek di atas meja mesyuarat. Dia mengusap air mata yang menitik.
"Thanks." Hanya itu mampu diucapkan.
@@@@
"Hah, dreaming apa?" Sergah Azzam.
"Opocot mak buyung terbang!" Terlatah Azzalea. Azzam ketawa mengekek.
"Orang tua-tua cakap, kalau ibu kuat berangan, nanti anak pun ikut sama tahu! Zam tak naklah anak kita tu berangan jadi Spiderman ke, Superman ke, Batman ke." Azzalea mencubit lengan Azzam.
"Hek eleh, dia dulu pun pernah berangan jadi raja!" Balas Azzalea.
"Dah jadi raja pun." Kaver Azzam. Muka merah menahan malu. Itulah, bagi lagi isteri kesayangan baca diary sendiri!
"Raja apa? Raja segala lakonan? Ke Raja Segala Bangla Karpet?" Sindir Azzalea.
"Hai, punyalah handsome, macho macam ni cakap bangla karpet? Raja seharilah."
"Ooo..."
"Back to my question, dreaming apa tadi? Buah hati baru ek?" Azzam mengorek rahsia dalam suam-suam jealousnya.
"Throwback my best day ever. Mula-mula kena tuduh bawa phone pergi sekolah, kena halau keluar dari bilik mesyuarat, then tiba-tiba dapat present Galaxy Note 2. Siapa tak happykan?" Azzalea tersenyum. Azzam memeluk leher Azzalea.
"Malamnya dapat mesej I Love You." Sambung Azzalea lagi.
"Habis SPM, hantar rombongan meminang. Kan?" Azzam menyambung pula. Masing-masing tertawa.
Begitulah akhirnya hidup Azzam dan Azzalea. Bakal menyambut si kembar dan menjadikan hari itu Best Day kedua buat Azzalea.
Tamatlah al-kisah si bangla dan si karpet, hahahahaha!!!

Dicoret oleh : Nurul Syifa

Labels: ,



Post a Comment