Hikayat Novella
Novelist
Follow


© Skin by Esha Reekay basecodes by atiqah jaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
Cerpen #EHM : Kisah 4 Excellent
Monday, 29 December 2014 0 CHINGU {S}


"Pada zaman dahulu..."
Eh! Tak payah nak berzaman-zaman sangatlah!
"Sorry.... Sebuah sekolah tersergam megah. Ia ditubuhkan pada tahun 2011. Kini, dinobatkan sebagai Sekolah Terunggul di Negeri Kedah. Inilah sekolah Nurnajwa Nabilah binti Najwaan atau mesra dipanggil Wana. Ermmm, sebenarnya Wana itu sayalah. Hihi. Saya dilahirkan di...."
Eh, cop sekejap! Ini kisah Wana ke kisah murid 4E pabila sudah merdeka? Wana, jangan berangan! Straight to the point, ok!
"Maaflah penulis. Hai, garang sungguh. Baiklah, kita akan teruskan tujuan kita. Memperkenalkan, kelas 4 Excellent, kelas kesayangan saya! "
Krik krik, krik krik.
"Errrr, Wana? Kamu buat apa di luar kelas ni? Tak nak masuk kelas ke? Peperiksaan sudah mahu mula! "
Cikgu Hani yang ditugaskan menjaga kelas 4E sewaktu peperiksaan, menegur Wana yang masih berdiri di hadapan pintu kelas.
"Cikgu, tentulah dia berangan! Macam biasa~ " Seorang pelajar lelaki bernama Hakim yang sememangnya musuh Wana sejak azali menyindir gadis itu.
Kerana geram yang amat, Wana menjeling Hakim. Siap diugut mahu memberi penumbuk lagi!
"Haip, haip! Korang nilah.. Macam anjing dengan kucing! Sudah! Sekarang, cikgu nak Hakim tutup mulut dan Wana pula, cepat masuk kelas! "
Mendengar arahan guru yang berusia 20-an itu, Wana terkedek-kedek berjalan ke arah mejanya. Sempat lagi mata Wana menjeling Hakim sekali lagi.
"Baiklah, murid-murid. Kita akan memulakan peperiksaan Sains dalam masa 2 minit lagi. Sila bersedia, ya! Oh ya, cikgu tidak mahu jumpa orang yang meniru." Nasihat Cikgu Hani.
'Hah, hari inilah hari terakhir peperiksaan. Lepas ni, merdekalah! '
Oit Wana! Buatlah peperikaan tu dulu, lepas tu baru cerita semuanya sampai A ke Z! Faham?
'Faham, penulis. Doakan saya boleh menjawab kertas peperikaaan ini dengan elok ya? Kalau boleh saya mahu dapat nombor 1! '
Menjawab kertas soalan dengan elok, itu saya setuju. Tapi bahagian nombor 1 tu, berangan jelah nak dapat!
----------------
"Yeayyyyy! Merdeka! "
Riuh-rendah suasana di kelas 4 Excellent. Semuanya jelas menunjukkan wajah yang ceria dan happy! Yalah, takkanlah bila sudah habis exam, mahu bersedih dan menangis pula?
"Guys! "
"Don't forget the girls! "
Danial menjeling tajam Abir. Hish, menyibuk sahaja! Oh, apa reaksi Abir? Penolong ketua kelas 4E itu hanya bermuka selamba.
"Nanti kita akan aturkan... jamuan! Kita akan menikmati kebebasan ini! Freedom, wuhuuu~ "
Kata-kata Danial disambut dengan tepukan gemuruh pelajar 4E. Tetapi, Wana, Abir dan pelajar perempuan yang tidak suka dengan Danial hanya tepuk perlahan-lahan sahaja. Menyampah dengan sikap si ketua kelas kepala besar itu.
"Bila kita nak buat jamuan tu? " Soal Hafizi Firkin, salah seorang daripada geng Danial.
"I am sure you will do it after you know your results."
Cikgu Ku Adriana?!?!
-------------
"Ingat ya! Meskipun kalian sudah habis peperiksaan, peraturan tetap peraturan. Saya faham perasaan kalian yang sudah habis peperiksaan, tidak perlulah sampai menjerit-menjerit begitu. Saya yang duduk di tingkat 1 pun boleh dengar suara kalian di tingkat 3! "
Panjang lebar Cikgu Ku Adriana membebel. ( 'Penulis, kenapa bebelannya panjang sangat? Kasihanilan kami! ' 'Padan muka! *Gelak kejam* ' )Sejurus selepas itu, guru disiplin SKDH itu melangkah keluar.
" Fuh! .... Danial, ini kau punya fasallah! Tengok, dah kena marah dengan Cikgu Riana! " Tengking Abir. Tengkingan yang 'special' untuk Danial.
" Ayoyo, si biri-biri sudah mengamuk! " Seorang lagi geng Danial iaitu Alif Iqhwaan pula mengusik. Danial hanya tersenyum puas. Kikikih, padan muka! Seronok melihat muka Abir yang sudah merah habis!
'Hahaha, aduhai! Kasihan Abir! Jahat betul Danial tu! Hah, inilah telatah pelajar kelas 4 Excellent selepas habis merdeka. Anda pula, bagaimana? ' ~ Nurnajwa Nabilah
Okey, harap ahli Hikayat Novella semua terhibur dengan cerita ini, ya? Apa-apa komen boleh dilontarkan di petak komen ~ Nurhazimah Hanan
"Saya Muhamad Hakim! Musuh Wana sejak azali. Akan sentiasa berusaha untuk memotong Wana yang otaknya dikatakan setaraf otak kancil! "
"Yey, dapat pun ruang! Hah, bagi yang tak kenal lagi dengan saya, sayalah Danial Iman! Ketua kelas 4E yang kacak."
"Hai, hai! Saya Abir Hanani. Penolong ketua kelas 4E. Oh, jangan dilayanlah mamat di atas ini. Dia itu, suka bercakap besar. Tak suka betul! "
* Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca kisah kami, Exam Habis, Merdeka! : Kisah 4 Excellent! Semoga jumpa lagi! *

Labels: , ,





Cerpen : The PinkyBabes datang!
Sunday, 27 July 2014 0 CHINGU {S}



Sama ada di luar atau di dalam facebook, semua asyik sibuk berkata tentang The PinkyBabes! Apa? Kamu tidak kenal The PinkyBabes?
Ketuanya gedik, sanggup lakukan apa sahaja. Namanya, Puteri Asyira Hunisya.
Penolongnya, paling gedik dan paling serius! Gediknya melebihi ketua. Dialah Tengku Haniz Zulyna. Dialah si gedik! Si bersaiz S. Dialah 21 kg. Slimkan?
Dia selalu teringin jadi ketua. Tetapi demi populariti, di tiada pilihan selain menjadi ahli biasa. Dia Wana Lissa. Berdarah kacukan dan ada bau-bau bacang darah diraja. Dia berambut lurus bak Maya Karin.
Dia ketua gosip. Penolongnya? Ariana Arisya. Satu-satunya ahli The PinkyBabes yang berambut 'maggie'. Dan ketuanya, Puteri Hanez Alisyia. Dia cantik! Dia cool!
Penasihat Kelakuan yang pastinya menjaga tatatertib The PinkyBabes. Dengan dia, siapa berani kacau The PinkyBabes? Berani pancung kepala kalau ada orang kacau! Dialah Tengku Nur Syazleen!
Puteri Farisya Hana. Comelkan namanya? Dia ketua diet The PinkyBabes. Pastinya! Dialah yang menjaga berat badan ahli The PinkyBabes. Biar terkurang asal tak terlebih. Itulah slogannya.
Dia pencipta lagu The PinkyBabes. Jikalau tak kerana dia, The PinkyBabes tak akan terkenal a.k.a famous! Namanya Qaisara Nabilah. Gemar mencipta! Gemar membaca. Hobinya memfamouskan The PinkyBabes.
Ahli terakhir The PinkyBabes. Namanya sungguh unik dan orangnya cantik, manis, gayanya terlampau dan sangat harum! Elyna Najihah!
Semua ahli dah disebut. Dan semuanya comel dan unik belaka. Hanya mereka pencetus kegedikan.
Ya, itulah biodata The PinkyBabes! Mahu melawan The Blue FashionBabes nampaknya! Oh, ini tidak boleh jadi!
Kumpulan The Blue FashionBabes yang sering memakai shawl biru moden amat cemburu dengan mereka.Huh! Pakai sahaja shawl, tetapi hati penuh dengan rasa cemburu.Manakala The HijabSolehah Girls pula hanya menggelengkan kepala, puas menasihat The Blue FashionBabes agar jangan cemburu.Tetapi, ia tidak diendahkan.
The PinkyBabes?
Oh, mereka rasa amat puas kerana walaupun mereka masih baharu, tetapi mereka dapat menjadi popular dan terkenal sekelip mata sahaja! Oh, terima kasih kepada Fira Aziraina yang kemungkinan dapat menjadi ahli ke-sepuluh The PinkyBabes! Petang nanti, Puteri Asyira akan memberi ganjaran kepada Fira Aziraina yang menolong mereka!

Dicoret oleh : Qaisara Nabilah

Labels: ,