![]() So respect me, please!
Archive
![]() ![]()
© Skin by Esha Reekay basecodes by atiqah jaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
![]() Cerpen #EHM : Misi Saiz XL
Suasana cukup riuh untuk semua para pelajar. Semua sudah naik histeria. Peperiksaan makin hampir, dan menghampiri! Mujurlah peperiksaan bagi semua warga tingkatan 5 masih belum kunjung tiba. Namun, bagi Edrina, Widya dan Umi...itu merupakan ujian yang cukup besar dan tidak mampu dijawab dengan sebelah mata.
Edrina sudah menghafal sebuah buku Geografi dalam masa 10 minit sahaja. Ini kerana, otak Edrina memang cap ‘kancil’ kerana mampu membaca dan menghafal setiap ayat! 2 dalam 1 betul! Otak Edrina seolah-olah komputer yang mampu menyimpan beribu-ribu data di dalam unit sistem dan pemacu kilat.
Manakala Widya sudah tergaru-garu kepala. Susah benar hendak menyebut bahan kimia! E-coli menjadi baldi, virus H1N1 menjadi 2NE1. Aduhai, naya betul! Widya ada kalanya tergaru-garu kepala bukan kerana mencari idea, tetapi kelemumur yang bergelen di rambut. Widya memang spesis pemalas hendak mencuci rambut dan membuang kelemumur yang membiak secara koloni yang terlalu banyak.
Umi? Umi asyik menghirup kuah sup mi yang dibuatnya sambil berkerut dahi ingin menghafal formula Matematik yang diajar oleh Cikgu Haizi. Matilah sekiranya gagal subjek itu! Diberi dua libas rotan dan pakej tempias air liur Cikgu Haizi, selaku guru kedua paling garang di Sri Bangsar!
Ketiga gadis gemuk itu sedang duduk di luar halaman rumah Umi. Mereka hampir pecah perut dek Umi menghidangkan mi sup, ayam tandoori dan burger Oblong sebanyak 3 pinggan seorang. Manakala minuman air kopi yang lazat dan berkrim. Tidak rugi betul mereka belajar di rumah Umi. Dapat belajar dan makan secara percuma sekaligus!
“Aduh, susahnya hendak menyebut perkataan ini!” Widya menunjukkan perkataan yang tidak mampu dibacanya kepada Edrina. Sudah sedia maklum, otak Widya lebih sukar berfikir kerana tidak minum susu Anmum! Itulah penyebab sel-sel otak tidak berhubung!
“Aik? Ini perkataan apa? Bukankah ini virus E-Coli? Susahkah menyebutnya?” Edrina hampir tergelak besar. Jika ketiadaan Widya, dia sudah tergolek-golek tergelak! Virus E-Coli, budak tadika pun tahu sebut! Apatah lagi Widya yang sudah memasuki alam remaja! Buat malu sahaja!
“Ops! Sorry! Saya tidak ingat!” Widya tersipu-sipu malu.
“Tidak ingat? Habis, dalam otak awak ingat Mr. LobakLobak sahaja?” Umi sudah mengusik. Widya makin merah padam mukanya sebaik mengingati rakan sibernya, Mr. LobakLobak atau nama sebenarnya, Luqman.
“Ish, ada sahaja kamu ini, Umi. Peperiksaan esok sahaja. So, please be serious! No more hankie pankie, no more play play!” Edrina sudah menyambung aktiviti membacanya. Manakala Widya masih belum hilang rasa malunya, Umi pula tergelak besar sambil mengetuk meja! Haish, haish, haish!
*****
Peperiksaan sudah hampir tamat. (Malas hendak taip mengenai semasa peperiksaan )
Edrina, Widya dan Umi sudah tersenyum sumbing. Mereka menjeling dan menjongket kening memandang sesama sendiri. Tidak sabarnya! Setelah sekian lama berusaha demi mencapai peperiksaan akhir, kini hampir selesai!
“Baiklah, semua boleh hantar kertas dan balik,” beritahu Cikgu Haizi, dengan intonasi tegas.
Edrina orang pertama yang menghantar kertas dan terus berlari keluar. Disertai Widya dan Umi. Dengan senyuman yang terpancar dan gelak ketawa....
“Satu...dua....tiga!” Edrina memberi arahan.
“MERDEKA!!!!!!!!” Ketiga-tiga gadis gemuk itu melompat-lompat seperti cheerleaders yang hampir menamatkan persembahannya. Terjojol mata pelajar yang melintasi mereka.
Sekolah Sri Bangsar ditimpa gempa bumi kecil dek penangan lompatan mereka bertiga! Oh, tidak! Mujurlah tiada sebarang kecederaan dan kerosakan! Edrina, Widya dan Umi ketawa terbahak-bahak kerana projek yang dirancang sejak azali sudah selesai dengan jayanya! Wuhuuu!
-Tamat....-
Labels: Cerpen, Wana Lissa |
Post a Comment