Hikayat Novella
Novelist
Follow


© Skin by Esha Reekay basecodes by atiqah jaidin. Image from . Do tell me if I do not credit yours.
Cerpen #PMCS : Lorong Kawasan Rumah Hantu
Monday, 20 October 2014 0 CHINGU {S}


Aku mengunci kereta apabila menghampiri kawasan rumah. Penatnya, tidak sabar mahu menghempas tubuh di atas katil yang selesa dan kepala ditindih di atas bantal lembut. Hari ini memang banyak kerja! Kerja-kerja yang remeh masih belum disiapkan kerana hari makin lewat. Bos membenarkan aku pulang kerana keadaanku membuatkan hati tua bos aku tersentuh.
Aku meletak kasut tinggi di dalam rak sejuk rasa kakiku ini. Rasa ada benda sahaja yang tidak kena. Baru aku ingat, Zulaika dan Mira baru menelefonku tadi untuk berlepak-lepak di lorong kawasan rumah yang sunyi. Kebetulan, di situ ada taman permainan yang sudah lama tiada 'penghuni' mahu bermain di situ setelah taman permainan baru dibuka. Kebetulan juga, di lorong itu gelap dan ada sebuah rumah besar yang tiada tuannya. Kami akan ke sana jika mood tidak baik.
Aku tidak getar ke sana. Tetapi, bila aku ke sana aku berasa ada debaran di dada. Zulaika dan Mira kata, dia tidak boleh keluar dari alam gelap itu. Kata mereka, mereka tidak akan pergi ke mana-mana selain tempat itu. Kebetulan juga, aku baru satu minggu kenal mereka. Zulaika kata, tiada sesiapa yang nampak mereka berdua selain aku. Aku tidak mengerti apa mereka katakan.
Aku menggeleng kepala, tidak mahu mengelamun, dengan pantas aku membuka kunci pintu dan membuka pintu perlahan-lahan. Pintu papan diterjah sebab aku tidak sabar mahu berehat.
Aku lebih suka tinggal seorang diri dalam rumah. Dari berkahwin dan ada anak, memang menyusahkan. Kena buat itulah, inilah. Aku tidak rasa hidup seorang diri membujang ini tidak seronok. Ada keistimewaannya, aku boleh bebas ke mana-mana.
Aku masuk ke dalam bilik. Lampu dibuka. Aku menukar pakaian kerja kepada pakaian tidur. Selepas itu, aku terus menutup lampu. Badan dihempas di atas katil. Seronok rasanya dapat berehat! Mataku dipejam rapat.
"Qisya, ohh...Qisya!"
Suara siapa itu? Aku rasa aku duduk seorang diri sahaja dalam rumah ini, tiada yang lain! Aku tidak pernah dengar suara itu. Aku terus menyambung tidur, suara panggilan tadi tidak diendah.
"Tuk,tuk!"
Aku berasa pintu bilikku diketuk bertalu-talu. Kakiku tiba-tiba rasa digigit oleh gigi yang tajam. Aduh! Sakitnya bukan kepalang! Tiba-tiba bunyi air dari bilik air terasa dibuka dan berbunyi. Apa yang sudah terjadi?
"Qisya!!! Sini kau!"
Astaghfirullahalazim! Benda apa ini? Kenapa mukanya berdarah dan berbaju putih? Tiba-tiba aku terasa diriku dimamah oleh hantu. Memang benar, ini bukan alam fantasi ini benar-benar realiti.
"Jangan kau ganggu lorong rumah aku lagi! Jangan kau layan aku lagi!" Tiba-tiba wajah Zulaika dan Mirah terpancul di arah mukaku. Sku tahu, mungkin ini kerja mereka. Patutlah semua orang tidak nampak mereka, mereka ialah hantu! Mungkin mereka marah kerana aku tidak tunaikan janji mereka.
Tangan mereka memegang sebilah kapak. Apa mereka hendak buat? Dengan laju, kapak itu dibaling ke arah kepalaku. Aku berasa aku sudah mati. Aku sudah kehilangan badanku serta nyawaku. Aku tidak akan memandang alam ini lagi. Inilah masanya aku mati. Aku sudah kehilangan kepala, badan serta tanganku. Semua putus!
Mataku dimamah rasanya, kepalaku dimakan oleh siapa? Aku...
Aku terus bangkit dari katil. Apa itu cuma mimpi? Aku bingung sekarang. Alhamdulillah, hanya mimpi.
Aku mengurut dahi. Alhamdulillah, aku masih hidup!
Zulaika? Mirah? Mana mereka? Aku memang berasa bingung. Aku membuka pintu bilik air. Air paip ditutup. Aku memandang kakiku. Kakiku cantik dan sempurna! Tiada kesan gigit! Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat. Mungkin mimpi itu terjadi sebab aku melalui lorong gelap dan memasuki rumah hantu.
Aku berjanji, aku tidak akan melangkah ke tempat itu lagi. Aku akan menggunakan kakiku untuk ke tempat sempurna. Ini pengajaran untukku supaya berhati-hati dan tengok tempat itu sebelum pergi. Wallahualam.

Labels: , ,



Post a Comment