Hikayat Novella
Novelist
Follow


© Skin by Esha Reekay basecodes by atiqah jaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
Bab 4 Part 1 (MALMBB)
Saturday, 13 September 2014 0 CHINGU {S}



"Kau cari Alexendra ke semalam?" Soal Arlissa. Dia duduk menemani Lily. Lily mengangguk.
"Memang aku test cari, tapi aku tak tahu macam mana aku terkelar tangan sendiri." Arlissa tergeleng.
"Bahayalah, kau jangan! Memang benda tu syirik, kau dah buat! Maksudnya kau percaya!" Ujar Arlissa. Lily menggigit bibir.
"Jangan-jangan..."
"..dia dah rasuk kau?" Terlintas benda yang sama di kepala mereka.
"Balik, cepat balik! Cakap dengan Adam, Lesya dengan Mika, jangan masuk bilik aku!" Arlissa memegang pergelangan tangan Lily.
"Tak, tak akan." Arlissa cuba menenangkan sahabatnya tetapi Lily tetap mengulangkan ayat yang sama. Tak henti-henti dia menyuruh Arlissa pulang. Akhirnya, Arlissa mengalah.

Labels: , ,





Bab 3 (MALMBB)
0 CHINGU {S}


Qalesya terpaku melihat apa yang terhidang di ruang matanya. Pantas kepala Lily dipangku. Pipi Lily ditepuk-tepuk.
"Kenapa dengan Li..." Mika yang tadinya berdiri tegak sudah pengsan. Qalesya mencebik, tak gentlemen langsung!
"Dia kelar tangan dia sendiri." Qalesya memeriksa nadi Lily, mujur masih berdenyut. Tangan yang cuba dikelar tidak mengenai saluran nadi.
"Nampaknya macam itulah, call Doc Safa." Arah Adam. Dia cuba mendekati Lily.
"Eh, tak ada, tak ada! Awak call Kak Safa, saya angkat Lily. Urgent, baru awak buat!" Tegas Qalesya.
"Mika?" Soal Adam.
"Biarlah dia." Kata Qalesya. Tangan Lily diletakkan di bahu. Tangan menyokong badan kawan baiknya.
  
Puan Sri Iqlyna nampak risau melihat keadaan anak tunggal perempuanny. Tangan Lily diusap-usap. Resah, gundah dan bercampur baur.
"Adam.." serunya perlahan. Adam berdiri di sisi ibu saudaranya. Puan Sri Iqlyna lah yang menjaganya sejak kematian bapanya. Ibunya pergi membolot semua hartanya.
"Maaf mummy, Ad tak dapat jaga Lily dengan baik macam mummy dan daddy amanahkan." Adam tertunduk.
"Bukan salah Adam, salah Lily." Satu lagi suara muncul. Lily tersenyum hambar, mengakui kesalahannya.
"Kenapa Lily kelar tangan Lily? Semua orang sayang Lily, Lily seorang tak sayang diri Lily sendiri." Adam duduk di penjuru katil Lily.
"Lily pun tak tahu, Lily rasa Lily buat homework. Lepas itu, langsung tak sedar.." bohong Lily. Masakan dia mahu memberitahu dia turut mencari hantu-hantu tandas itu?

Labels: , ,





Bab 2 (MALMBB)
0 CHINGU {S}


"Kenapa dengan pipi kau Azzat? Macam.. ada kesan merah. Macam kena gigit. Kau buat apa semalam?" Lily membelek muka Azzat.
"Baby bloom gigit aku." Jawabnya, Beg diletakkan di atas kerusi.
"Tipulah!" Tegas Lily.
"Tak dia tak tipu Lily, Adam pun test malam tadi." Adam meletakkan tangan di bahu Lily.
"What the... Adam! Lily dah cakap jangan buat benda mengarut tu! Kalau kena rasuk macam mana? Siapa yang susah? Kalau hantu tu rasuk ke bunuh Adam, siapa nak jaga Lily bila Lily seorang-seorang kat rumah?" Bebel Lily.
"Mika kan adaaa..." jawapan Qalesya meleret. Lily mencebik.
"Mika pun buat benda tu." Ujar Adam. Makin menjadi-jadi cebikan Lily.
"Buatlah, buat! Sekali hantu tu ngap, Lily orang paling bersyukur kat dunia! Dahlah, tepi sikit. Main batu seremban lagi baik!" Qalesya letak tangan di bahu lalu menjuling mata ke atas.
  
"Aku akan buktikan yang hantu itu tak wujud!" Pensel diletakkan. Daripada terus menerus memikirkan, lebih baik buat! Langkah dituju ke dapur. Kiri kanan depan belakang dipandang. Dipastikan kelibat Adam, Miqa, Qalesya malah bibik sekalipun tidak muncul di ruang mata.
Pisau dicapai lalu diselit ke dalam poket seluar jeans. Mantera yang disebut Azzat berdegar di telinga. Mentera Alexendra.
  
Adam duduk di bangku. Penat sungguh rasanya berlawan badminton bersama Mika. Phone di poket dikeluarkan, tiada pula panggilan telefon dari adik sepupu kesayangnya, Lily. Nombor Lily didail. Langsung tidak berjawab.
"Mika, cuba call Lily, aku tak dapat call." Mika menurut. Beberapa saat kemudian, dia menggeleng. Qalesya pula mencuba. Semuanya hanya masuk peti simpanan suara.
"Jomlah balik, aku risau." Kata Adam. Beg digalas, barang dikemas.

Labels: , ,





Bab 1 (MALMBB)
0 CHINGU {S}


Misteri Alexendra, Larry Marry & Baby Bloom

"Dia cerita dengan aku kalau nak panggil Baby Bloom kena buat tangan macam dukung bayi lepas tu seru dengan lagu. Tutup mata dan buka. Akan ada baby mata merah kat dukungan kita. Dia akan gigit kita." Berdegar-degar telinga Lily mendengar bualan Faris dan Azzat.
"Syiriklah." Lily memusingkan badannya. Matanya disepetkan.
"Diamlah kau!" Jerkah Faris. Lily juling mata ke atas.
"Do i care?" Katanya sebelum menoleh ke hadapan semula.
  
"Okay, cikgu dah blah, cepat-cepat!" Jeritan Efan mengejutkan Lily dan Arlissa. Budak lelaki pantas meluru ke tandas sebelah kelas beramai-ramai.
"Apa kau orang nak buat?" Soal Lily kasar. Matanya merenung tajam Azzat.
"Kau tak payah sibuk! Perempuan tak boleh masuk campur hal lelaki!" Sampuk Faris.
"Whatever." Lily tompang dagu. Arlissa tersenyum, tangan Lily ditolak. "Adoi!"
"Dia orang cari apa dalam tandas lelaki ramai-ramai?" Soal Arlissa, muncungnya menunjuk pada tandas lelaki.
"Alexendra lah, Baby Bloom lah, Larry Marry lah, mengarut je!" Celoteh Lily, buku Matematik dia keluarkan.
"Oh.." gumam Arlissa.

Labels: , ,