![]() So respect me, please!
Archive
![]() ![]()
© Skin by Esha Reekay basecodes by atiqah jaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
![]() Bab 1 : Majlis Harijadi Saya (NCS)
Novelist Cita-cita Saya
Genap usia Riesyha 16 tahun pada hari itu. Sejak sebulan lalu, orang tuanya merancang mahu mengadakan jamuan hari lahirnya. Kebetulan, perancangan itu jatuh pada hari Sabtu. Pada hari itu, keadaan rumah teres dua tingkat itu riuh dengan kesibukan saudara-mara membantu mereka menyiapkan juadah sebelum majlis bermula malam itu. Riesyha pula sibuk berada di hadapan bingkai cermin meja riasnya. Sudah tiga pasang pakaian dibelek dan dicuba satu demi satu tetapi masih tidak berpuas hati. Pakaian pertama terlalu menonjolkan rekaanya. Dia juga memakainya sewaktu menghadiri majlis hari lahir Raiyana. "Ah! Malulah sekiranya mereka nampak aku pakai baju ini lagi," gumamnya dalam hati. Lalu pakaian kedua berjenama Qirani yang dibeli oleh pakciknya dari Indonesia dicapai. Pakaian yang dibuat daripada kain rajut di luarnya tampak manis apabila dipadankan dengan sepasang kemeja lengan panjang di dalamnya dan berseluar hitam. "Tetapi ini seperti mahu ke Genting Highland pula." Riesyha mencemik wajah tidak berpuas hati. Lantas pakaian ketiga, sepasang jubah labuh ala Arab dicuba. Ya, pakaian yang paling sesuai dikenakan bagi menghadiri majlis formal tetapi terlalu besar bagi saiz badannya. "Ada sahaja yang tidak sesuai sedangkan baju ini sudah elok sekiranya aku pakai," gerutu Riesyha lagi. Dia merengus geram kerana tidak ada satu pakaian pun yang memuaskan hatinya. BERSAMBUNG... ![]() Bab 1 (HYMP)
Hate You Mr. Pendek!
"Yeay!!" Jerit Adel keriangan.
Dia berjaya masuk ke MRSM Gerik. Dia berlari ke arah ibunya dan menunjuk telefon pintar yang menunjukkan keputusan kemasukan ke MRSM. Ibunya terharu. Ibunya meminta abang Adel mencetak segala dokumen yang diperlukan sementara dia mencari barang keperluan Adel.
"Ibu, bila tarikh Adel masuk ke MRSM Gerik itu ya?" Tanya Adel.
"Dua haribulan tiga. Tiga minggu lagi. So,don't waste your time. Let's go!"
~♡~~♡~~♡~~♡~~♡~
*Tiga minggu berlalu*
*Di MRSM Gerik*
Setelah selesai proses pendaftaran, Adel dan keluarganya membawa barang-barang Adel le bilik Adel dengan bantuan pelajar yang bertugas.
"Assalamualaikum" Ibu Adel memberi salam sebelum masuk ke dalam bilik.
Kelihatan tiga orang lagi rakan sebilik Adel sedang sibuk mengemas dan menyimpan barang di dalam lokar masing-masing.
"Maaflah Adel. Ibu hanya sempat memasang cadar. Ibu terpaksa balik. Sudah hampir pukul lima petang" kata ibu Adel.
"Tak mengapalah ibu. Adel boleh mengemas sendiri. " Adel menjawab.
Setelah menyalami dan mencium kesemua ahli keluarganya, Adel meminta diri untuk ke surau. Orientasi selama seminggu akan bermula esok. Adel berdoa dengan penuh kusyuk di surau.
"Harapnya aku dapat bertahan lama disini." Bisik Adel perlahan.
Bersambung... Labels: Anis Adel's, HYMP, Novel ![]() Bab 1 (YLMOMLY)
You Love Me Or Me Love You?
Hai!Awak apa khabar!"Sapa Syafiq dengan wajah yang tersenyum.Sejak mereka mula kenal minggu lepas,hubungan mereka makin akrab.Syafiqah tidak menjawab apa-apa tetapi hanya berdiam diri."Saya tanya ni,kenapa awak tidak jawab?"Syafiq bertanya lagi."Awak ni menyebok je la!Saya tengah stres!Janganlah kacau saya!"Syafiqh menolak bahu Syafiq."Awak cuba cerita apa yang terjadi pada awak,kita kan kawan!"Syafiq mendesak Syafiqah supaya dapat mengetahui apa masalah kawannya itu."Ibu dan ayah saya tulah!Mereka asyik marah saya!Saya benci mereka!"Jerit Syafiqah sambil menangis."Baiklah kalau begitu,bawa saya pergi jumpa mak dan ayah saya,mana tahu saya boleh tolong!"Syafiq memberi idea sambil tersenyum.
Syafiqah terus bangun dari tempat duduknya dan mengarah Syafiq mengikutnya.Syafiq hanya mengikut tanpa berkata apa-apa kepada Syafiqh.Mereka berjalan melalui taman bunga yang berkembang mekar."Itulah rumah saya!"Syafiqah menunjukkan jari ke arah rumah banglo dua tingkat yang dipenuhi pokok bunga di depan rumah itu."Mari pergi!"Syafiq terus berlari menuju ke arah rumah itu.Belum sempat Syafiqah berkata apa-apa,Syafiq telah berrlari ke arah rumah itu dan menekan loceng.
Bersambung... Labels: Aniq Durrani, Novel, YLMOMLY ![]() Bab 4 Part 1 (MALMBB)
"Kau cari Alexendra ke semalam?" Soal Arlissa. Dia duduk menemani Lily. Lily mengangguk.
"Memang aku test cari, tapi aku tak tahu macam mana aku terkelar tangan sendiri." Arlissa tergeleng.
"Bahayalah, kau jangan! Memang benda tu syirik, kau dah buat! Maksudnya kau percaya!" Ujar Arlissa. Lily menggigit bibir.
"Jangan-jangan..."
"..dia dah rasuk kau?" Terlintas benda yang sama di kepala mereka.
"Balik, cepat balik! Cakap dengan Adam, Lesya dengan Mika, jangan masuk bilik aku!" Arlissa memegang pergelangan tangan Lily.
"Tak, tak akan." Arlissa cuba menenangkan sahabatnya tetapi Lily tetap mengulangkan ayat yang sama. Tak henti-henti dia menyuruh Arlissa pulang. Akhirnya, Arlissa mengalah.
Labels: MALMBB, Novel, Nurul Syifa ![]() Bab 3 (MALMBB)
Qalesya terpaku melihat apa yang terhidang di ruang matanya. Pantas kepala Lily dipangku. Pipi Lily ditepuk-tepuk.
"Kenapa dengan Li..." Mika yang tadinya berdiri tegak sudah pengsan. Qalesya mencebik, tak gentlemen langsung!
"Dia kelar tangan dia sendiri." Qalesya memeriksa nadi Lily, mujur masih berdenyut. Tangan yang cuba dikelar tidak mengenai saluran nadi.
"Nampaknya macam itulah, call Doc Safa." Arah Adam. Dia cuba mendekati Lily.
"Eh, tak ada, tak ada! Awak call Kak Safa, saya angkat Lily. Urgent, baru awak buat!" Tegas Qalesya.
"Mika?" Soal Adam.
"Biarlah dia." Kata Qalesya. Tangan Lily diletakkan di bahu. Tangan menyokong badan kawan baiknya.
Puan Sri Iqlyna nampak risau melihat keadaan anak tunggal perempuanny. Tangan Lily diusap-usap. Resah, gundah dan bercampur baur.
"Adam.." serunya perlahan. Adam berdiri di sisi ibu saudaranya. Puan Sri Iqlyna lah yang menjaganya sejak kematian bapanya. Ibunya pergi membolot semua hartanya.
"Maaf mummy, Ad tak dapat jaga Lily dengan baik macam mummy dan daddy amanahkan." Adam tertunduk.
"Bukan salah Adam, salah Lily." Satu lagi suara muncul. Lily tersenyum hambar, mengakui kesalahannya.
"Kenapa Lily kelar tangan Lily? Semua orang sayang Lily, Lily seorang tak sayang diri Lily sendiri." Adam duduk di penjuru katil Lily.
"Lily pun tak tahu, Lily rasa Lily buat homework. Lepas itu, langsung tak sedar.." bohong Lily. Masakan dia mahu memberitahu dia turut mencari hantu-hantu tandas itu?
Labels: MALMBB, Novel, Nurul Syifa ![]() Bab 2 (MALMBB)
"Kenapa dengan pipi kau Azzat? Macam.. ada kesan merah. Macam kena gigit. Kau buat apa semalam?" Lily membelek muka Azzat.
"Baby bloom gigit aku." Jawabnya, Beg diletakkan di atas kerusi.
"Tipulah!" Tegas Lily.
"Tak dia tak tipu Lily, Adam pun test malam tadi." Adam meletakkan tangan di bahu Lily.
"What the... Adam! Lily dah cakap jangan buat benda mengarut tu! Kalau kena rasuk macam mana? Siapa yang susah? Kalau hantu tu rasuk ke bunuh Adam, siapa nak jaga Lily bila Lily seorang-seorang kat rumah?" Bebel Lily.
"Mika kan adaaa..." jawapan Qalesya meleret. Lily mencebik.
"Mika pun buat benda tu." Ujar Adam. Makin menjadi-jadi cebikan Lily.
"Buatlah, buat! Sekali hantu tu ngap, Lily orang paling bersyukur kat dunia! Dahlah, tepi sikit. Main batu seremban lagi baik!" Qalesya letak tangan di bahu lalu menjuling mata ke atas.
"Aku akan buktikan yang hantu itu tak wujud!" Pensel diletakkan. Daripada terus menerus memikirkan, lebih baik buat! Langkah dituju ke dapur. Kiri kanan depan belakang dipandang. Dipastikan kelibat Adam, Miqa, Qalesya malah bibik sekalipun tidak muncul di ruang mata.
Pisau dicapai lalu diselit ke dalam poket seluar jeans. Mantera yang disebut Azzat berdegar di telinga. Mentera Alexendra.
Adam duduk di bangku. Penat sungguh rasanya berlawan badminton bersama Mika. Phone di poket dikeluarkan, tiada pula panggilan telefon dari adik sepupu kesayangnya, Lily. Nombor Lily didail. Langsung tidak berjawab.
"Mika, cuba call Lily, aku tak dapat call." Mika menurut. Beberapa saat kemudian, dia menggeleng. Qalesya pula mencuba. Semuanya hanya masuk peti simpanan suara.
"Jomlah balik, aku risau." Kata Adam. Beg digalas, barang dikemas.
Labels: MALMBB, Novel, Nurul Syifa ![]() Bab 1 (MALMBB)
Misteri Alexendra, Larry Marry & Baby Bloom
"Dia cerita dengan aku kalau nak panggil Baby Bloom kena buat tangan macam dukung bayi lepas tu seru dengan lagu. Tutup mata dan buka. Akan ada baby mata merah kat dukungan kita. Dia akan gigit kita." Berdegar-degar telinga Lily mendengar bualan Faris dan Azzat.
"Syiriklah." Lily memusingkan badannya. Matanya disepetkan.
"Diamlah kau!" Jerkah Faris. Lily juling mata ke atas.
"Do i care?" Katanya sebelum menoleh ke hadapan semula.
"Okay, cikgu dah blah, cepat-cepat!" Jeritan Efan mengejutkan Lily dan Arlissa. Budak lelaki pantas meluru ke tandas sebelah kelas beramai-ramai.
"Apa kau orang nak buat?" Soal Lily kasar. Matanya merenung tajam Azzat.
"Kau tak payah sibuk! Perempuan tak boleh masuk campur hal lelaki!" Sampuk Faris.
"Whatever." Lily tompang dagu. Arlissa tersenyum, tangan Lily ditolak. "Adoi!"
"Dia orang cari apa dalam tandas lelaki ramai-ramai?" Soal Arlissa, muncungnya menunjuk pada tandas lelaki.
"Alexendra lah, Baby Bloom lah, Larry Marry lah, mengarut je!" Celoteh Lily, buku Matematik dia keluarkan.
"Oh.." gumam Arlissa.
Labels: MALMBB, Novel, Nurul Syifa ![]() Bab 1 : Tidak Puas Hati
"Huh! Habis menggelupas kulit sebab tenyeh lantai tandas yang busuk itu! 24 jam cikgu asyik cakap fasal Suhana, Suhana, Suhana! Benci dengan nama itu! Tidak kisahlah sesiapa pun bernama Suhana!" Jezmira mengadu kepada enam insan yang sentiasa menemaninya. Iaitu:
Labels: Novel, PDH, Wana Lissa ![]() Prolog PDH (Perasaan Hasad Dengki)
Blurb :
Seorang pelajar tak akan mengalah begitu sahaja. Itulah pegangan hidup gadis bernama Nursuhana Emira binti Shazwim Hussain. Gadis ini menjadi pujaan setiap guru dan menjadi anak emas sekolah. Suhana peramah dan
sangat suka membantu rakan-rakannya yang mempunyai masalah akademik. Suhana aktif dalam akademik dan kokurikulum sekolah. Sungguh pelik mengapa dia menolak tawaran ke sekolah berasrama penuh elit di Bandar Baru Insar, Sekolah Raja Perempuan Al-Syukuriah.
Tidak sangka, gadis semulia itupun ada orang dengki. Suhana dibenci oleh Jezmira Syemira, gadis yang nakal dan lemah dalam akademik. Guru-guru asyik membebel dan memuji Suhana sepanjang masa. Jezmira semakin benci dengan Suhana lalu bertemu bomoh dan meminta Suhana disantau oleh hantu, jin dan syaitan. Namun, hasutan itu tidak memberi sebarang kesakitan pun kepada Suhana. Mengapa dia tidak terasa apa-apa?
@@@ Labels: Novel, PDH, Wana Lissa ![]() Bab 4 : Penyibuk No. 1
Faiz dan Safiyyah seronok berbual bersama. Mereka berasingan bilik hotel untuk mengelakkan dituduh membuat maksiat. Oleh itu, kos mahal sedikit. Faiz dan Safiyyah memang seperti capati dan kuah dal.
Tidak semena-mena, Zafira turut satu hotel dengan mereka! Tetapi ditemani editor dan pengarah majalah BELIMBING.
"Oh, well..well...well...the sweet couple is coming! Mahu honeymoon ya? Saya boleh tempahkan set hantaran 10 dulang! Mahu?" Zafira selamba ketawa mengilai seperti pontianak.
"Mana ada mana-mana pihak hantar 10 dulang. Lelaki hantar 7 dulang dan perempuan balas 2 dulang sahaja. Mana sesat lagi tiga? Sememangnya si Zafira tak ambil matapelajaran Sains RumahTangga masa di bangku sekolah menengah!" Faiz ketawa besar.
"Huh! Bisinglah!" Zafira mencebik lalu meninggalkan dua manusia yang dijeling tidak henti dari tadi.
Dalam masa yang sama, si pengarah dan editor berbual kecil,
"Eh, itu siapa agaknya?"
"Maybe itu ex-boyfriend Zafira!"
"Ataupun bekas suami?"
Hai, mulalah mereka bersangka buruk. Habislah Zafira! Dia akan dikutuk! Padan muka!
Labels: BCKPA, Novel, Wana Lissa ![]() Bab 3 : Kerja dan Bertemu...
Zafira sibuk menyusun dokumen kerana terpaksa pulang ke Kuala Lumpur sebaik si bos merengek kerana Dato' Harris yang meminatinya menyuruhnya menyiapkan 20 artikel baharu untuk muka gosip di majalah gosip terkemuka, BELIMBING...
Sebagai wartawan, Zafira akan menemuramah pelbagai artis, seperti Zaaron Adziz, Izrin Azmanda, Amir Baharon atau Ahda Lekiu. Zafira amat suka apabila disuruh menemuramah artis. Zafira terfikir bagaimana dia mahu menghancurkan Safiyyah si penyibuk jalan pencintaan mereka.
Dalam masa yang sama, Zafira ditugaskan untuk menemuramah artis Tizz Takziahh dan Jerikko Rozeles selaku pelakon drama berepisod di siaran 136 iaitu Kerusinero Cinta.
"Zafira, kau kena ke Kampung Teluk Jernih di Selangor. Kau kena ikut Tizz Takziahh dan Jerikko Rozeles. Mereka mahu dating di sana. Ada 2 media televisyen iaitu NLive! dan PropaGanjil sudah bertolak. Kau akan bersama Cik Suzanna ke sana." beritahu Heliza selaku penerbit.
"Baiklah. 12 beg saya akan bawa. Di sana ada Hotel Jernih yang cantik dan popular!" Zafira tersenyum.
*****
"Hai Saffiya. Jom kita ke Kampung Teluk Jernih. Di sana ada pantai yang cantik. Saya mahu bawa awak ke sana. Bila masa awak free?" soal Faiz.
"Urm..esok!"
"Ok, saya datang pukul 9 pagi. Perjalanan agak lama. Pastikan semua beg, alatan mencukupi."
"Baiklah~"
Adakah mereka akan bertemu Zafira? Dan, bagaimana mulut Zafira jika bertemu mereka?
Nantikan... Labels: BCKPA, Novel, Wana Lissa ![]() Bab 2 (BCKPA)
Suasana nun gelap gelita. Safiyyah duduk termenung di pondok kayu hasil pokok buluh. Gitar di tangan langsung tidak memberi semangat. Di fikirannya menari-nari terfikir mengenai Faiz.
Ada kalanya berubah fikiran kepada ugutan Zafirah. Namun, Zafirah perempuan perasan cantik dan berlagak. Sudahlah pakai tersingkap sana sini seperti tidak cukup duit untuk beli kain di Jakel! Hei! Duit melimpah ruah digunakan untuk benda yang tidak sepatutnya.
Apabila Safiyyah berfikir semula, semasa Zafirah muncul tiba-tiba. Dia menggayakan baju blaus yang ketat mengikut bentuk badannya. Zafirah berambut coklat dan berkuku merah jambu. Siap dihiaskan manik di atas kuku! Sungguh tidak takut dosa!
Skreet! Fikiran Safiyyah hancur di siat-siat apabila Putra muncul. Putra merupakan bakal tunangnya. Putra sanggup menerima sikapnya yang lasak. Putralah satu-satunya putera di hati Safiyyah.
"Hah, menung apa itu!"
"Ish. Terkejut Sya."
Nama manja yang diberikan untuk Safiyyah ialah Sya. Putra Adam Zulrahman pula diberikan nama Am.
"Apa kata Sya nyanyi satu lagu untuk abang?"
"Hurmm, yalah."
Gitar dipegang. Irama yang unik dan suara merdu bakal dikeluarkan dari tekak milik Safiyyah! Lagu yang dinyanyikan ialah Cinta Muka Buku dari Najwa Latif. Putra tetap memberi dokongan dan semangat pada Safiyyah semasa tiada suara.
* * * * * *
"Ok, bye!"
Zafirah berjalan tidak tentu arah. Mabuk gayanya. Minum arak seperti minum air mineral. Dia minum air kencing syaitan!
Memasuki rumah agam, Zafirah terbaring di sofa. Dengan berbaju ketat ala sarung nangka dan skirt pendek, cukup mendapat berganda dosanya. Zafirah tidak mengetahui apa itu dosa agaknya!
"Tengku Juwita Zafirah! Kamu mabuk lagi!" Suara Tengku Juwita Zaleha dengan nada tegas.
"Alah kak. Zafirah muda lagi. Tua nanti Zafirah taubatlah. Masa inilah Zafirah nak berhibur sepuas hati!" Itulah pegangan manusia muda zaman kini.
Labels: BCKPA, Novel, Wana Lissa ![]() Bab 1 (BCKPA)
Gadis itu memanjat pokok rambutan dengan mudah dengan sekali lalu sahaja. Tiba di atas dahan, gadis itu mencapai buah rambutan dan menguyah buah itu dengan aura comelnya!
Faiz seakan jatuh hati pada gadis itu. Pantas selipar disarung dan menuju ke arah pokok rambutan yang dipanjat gadis itu. Harap mudah didekati dan mudah berkenalan!
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam, ya kenapa?" soal gadis itu.
"Hebat cara awak panjat pokok rambutan ini. Boleh panjat sama?" pujian Faiz membuatkan pipi gadis itu merona merah. Terserlah kecomelannya!
"Panjatlah. Ini pokok rambutan abah saya. Hati-hati!" ujar gadis itu.
Faiz mula menanggal selipar. Memegang pokok rambutan dengan perlahan-lahan, mula mengangkat kaki dan mula memanjat perlahan. Faiz walaupun budak kampung tetapi masih tidak mengetahui cara memanjat pokok seperti budak kampung yang lain. Almaklumlah, budak kamdar! Eh...seperti gedung kain Kamdar! Kampung + Bandar = Kamdar! Huhu
Di pertengahan jalan, Faiz berasa seperti gatal-gatal di seluruh badan. Apabila menggaru, kedua tangannya mula bergerak dan melepaskan pokok. Dan...
Kedebumm!
Faiz terjatuh dari pokok rambutan dan terlantar di atas pangkin. Mujur di bawah pokok itu ada pangkin.
"Eh! Awak!" Gadis itu menerjun ke tanah.
"Aduh..." Faiz memeriksa badannya. Terdapat luka di lututnya. Darah mengalir kerana geseran di pokok.
"Eh, luka teruk ni. Sekejap ya, saya nak pergi ambil kain. Sekejap je!" Gadis itu menuju ke pondok kecil yang berhampiran Faiz duduk. Mencapai kain balut dan minyak sapu.
Gadis itu menyapu minyak dan membalut perlahan lutut Faiz. Faiz terkaku apabila memerhati wajah gadis itu. Cantik, comel dan peramah pula itu! Memang lengkap!
"Ok, dah siap!"
"Terima kasih. Oh ya, apa nama awak ya?"
"Nama saya Siti Safiyyah, boleh panggil Safiyyah."
"Oh..terima kasih banyak Safiyyah."
"Tak ada hal lah! Benda kecil sahaja!"
Tiba-tiba, dari semak samun muncul penyibuk utama yang bernama Tengku Juwita Zafirah binti Tuan Zarifin. Zafirah sudah muncul! Mulalah drama yang berepisod berjela-jela!
"Oh...balik kampung bukan nak berehat, tetapi mahu mengorat ya! Tak apa, Zafirah akan beritahu pada Mama Faiza!" Zafirah menjerit kuat.
"Hey Zafirah! Perlahanlah sikit suara! Tak malu orang kampung lalu-lalang tengok!" Faiz membalas dengan intonasi tegas.
"Ewah...ewah...mana ada orang kampung lalu bawa lalang!" Sungguh sekali Zafirah tidak memahami kata ganda. Ish! Ish! Ish!
"Sudahlah, saya mahu balik." Faiz laju melangkah walaupun kakinya masih cedera teruk. Zafirah menjeling sinis kepada Faiz.
Setelah bayangan Faiz pergi, Zafirah menghampiri Safiyyah. Safiyyah yang memanjat pokok rambutan semula terhenti kunyahan rambutan. Hampir tersembur baki rambutan yang berada di dalam mulut kerana Zafirah cuba memanjat dengan memakai skirt labuh.
"Woi minah kampung! Jangan kau nak rampas Faiz daripada aku! Kalau kau degil, siap kau!" Amaran itu langsung tidak diendahkan oleh Safiyyah. Safiyyah lebih suka menyambung kunyahannya.
"EEE!! Siaplah kau minah kampung! Kau belum kenal lagi siapa Tengku Juwita Zafirah!" Ugutan itu bernada benci teramat. Namun, Safiyyah tetap tidak endah.
Tanpa membebel dan manusia itu buat pekak telinga, Zafirah beredar dan memasuki kereta BMW miliknya. Safiyyah ketawa kecil melihat muka Zafirah merah padam geram!
Dicoret oleh : Wana Lissa Labels: BCKPA, Novel, Wana Lissa ![]() Prolog (BCKPA)
Tajuk : Bukti Cinta Kau Pada Aku Blurb : Labels: BCKPA, Novel, Wana Lissa |