![]() So respect me, please!
Archive
![]() ![]()
© Skin by Esha Reekay basecodes by atiqah jaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
![]() Cerpen Pemenang Pertandingan Mencipta Cerpen Seram ~ Awak, Awak TIdak Tidur Lagi? by Nur Alia Irdina Rosdi
Alina berjalan menyusuri koridor motel. Dia merasakan percutian penggal itu adalah yang paling malang. Dia terpaksa menginap di Motel Tara selama 3 hari berseorangan. Mengerling pada jamnya, anak panah pendek menunujukkan nombor 8. Bukan 8 pagi, 8 malam. Sedang berjalan, tiba-tiba ada satu mahluk berjalan perlahan menyeberangi laluan koridor itu. Langkah Alina terhenti.
Mahluk itu sempat mengerling pada Alina. Alina tidak mampu bergerak. Tubuhnya bagaikan terpaku.Meremang bulu roma! Apabila mahluk itu menghilang, Alina dengan seluruh tenaga yang ada, berlari sekuat-kuatnya. Dia juga terpaksa mamandang kekiri dan kekanan untuk mengetahui biliknya.
Setelah yakin bahawa dia sudah sampai kebilik yang betul, Alina cepat-cepat membuka pintu kayu itu. Ditutup serapat-rapatnya pintu itu. Selesai mengunci pintu dan yakin mahluk itu tidak mangekorinya, Alina mencapai tuala.
Jam 11 malam. Alina masih melekat di hadapan televisyen.Perasaan takut masih tidak hilang. Tetapi, demi cerita kegemarannya, dia menggahkan diri duduk di birai katil dan menonton televisyen.Selepas menonton televisyen selama lebih kurang 3 jam, Alina mencapai telefonnya. Dia teringat kembali peristiwa malang yang berlaku petang tadi...
Kawan sebiliknya, Fina terpaksa pulang ke kampung kerana maknya sakit. Masa itu pula, Alina sedang dalam perjalanan ke motel. Mereka tidak pergi bersama kerana waktu tamat kelas mereka berbeza.
Alina kembali ke alam nyata. Tup, tap, tup, tap di telefonnya sudah mengambil masa sejam. Pada jam 12 malam, barulah Alina terasa mengantuk. Dia menutup televisyen. Mangetuk bantal dan membaringkan diri. Alina terdengar bunyi tapak kaki. Semakin lama bunyinya semakin dekat. Kemudian ia berhenti. Alina sudah berpeluh. Dibiarkan sahaja bunyi itu.
Dia menarik selimut. Tiba-tiba paip air di dalam bilik air terbuka. Meremang bulu roma. Tik tok, tik tok. 1 pagi, Alina masih belum tidur. Tiba-tiba, Alina terasa seperti ada sesuatu yang duduk disebelahnya. "Awak, awak tak tidur lagi? Jom teman saya. Sob, sob, saya tidak ada kawan," Satu suara menjengah di telinga Alina. Peluh mengalir laju di dahi Alina. Bulu romanya tegak setegaknya.
Tak lama kemudian Alina terdengar bunyi televisyen terbuka. Dengan sendirinya! Bukan itu sahaja, kedengaran pula siaran televisyen itu ditukar-tukar. Peluh Alina bertambah. Bulu romanya kembali tegak. 10 saat kemudian, Alina terasa seperti kakinya diramas-ramas. Sejuk kaki Alina! Tak lama kemudian, segalanya kembali tenang.
Tapi, Alina seperti sudah tahu, akan ada perkara lain yang akan dilaluinya. Dan itu benar-benar terjadi. Selimut Alina ditarik. Perlahan. Alina menggahkan juga dirinya meninjau apa yang telah mengganggunya. Hanya meninjau tidak cukup bagi Alina untuk mengetahui apa mahluk itu. Sekali lagi, ia bersuara. "Awak tak nak teman saya? Temanlah, awak tak tidur lagi..." Alina terasa tubuhnya disentuh dengan kuku yang sangat tajam. Dari kepala hingga ke hujung jari kaki.
Rambutnya ditarik. Jatuh dari katil dan ditarik masuk kebawah katil. Alina meronta-ronta mahu melepaskan diri. Sempat Alina melihat wajah mahluk itu. Kukunya setajam pisau. Mukanya bagaikan di simbah asid! Biji mata tersembul keluar. Kuku tajam mahluk itu mencakar muka Alina. Dadanya dibelah. Dikorek segala isinya. Dicincang badan Alina
Sampai sekarang, jawapan bagi kematian Alina masih dicari. Motel tempat Alina menetap masih dibuka. Sesiapa yang manginap di bilik motel itu bakal menerima nasib yang sama dengan Alina. Sebenarnya, bilik itu adalah tempat seorang wanita yang kesunyian mengantung dirinya. Mayat Alina? Masih berada di bawah katil dengan mayat-mayat manusia yang lain...
Labels: Alia Irdina, Cerpen, Seram, Winner |
Post a Comment