Hikayat Novella
Novelist
Follow


© Skin by Esha Reekay basecodes by atiqah jaidin. Image from . Do tell me if I do not credit yours.
Cerpen #PMCS : Rumah Sewa Berhantu
Monday, 20 October 2014 0 CHINGU {S}


Jam 6:45 di Osaka, Jepun.
"Delaila bagaimana keadaan kamu di situ ?"
"Saya baik sahaja di sini ibu"
"Baguslah kalau macam itu. Selamat tinggal Del. Ibu mahu pergi ke pasar. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam selamat tinggal"
----------------------------------------------
Delaila mematikan telefon bimbitnya. Dia berbaring di atas katil yang telah tersedia di dalam rumah sewa tersebut.
Setitis air mata mengalir di pipinya. Dia begitu rindu akan ibunya yang berada di Malaysia. Siapa lah yang tidak rindu jika sudah 3 bulan tidak bertentangan mata dengan ibu sendiri ?
---------------------------------------------
Jam 7:05 di Osaka, Jepun.
Delaila keluar untuk membeli makanan. Di rumahnya, tiada apa lagi yang tinggal. Cuma bijirin untuk sarapan. Dia pergi ke kedai menjual makanan di hadapan rumah sewanya. Dia hanya memesan mi ramen sahaja. Selepas itu, dia pun pulang ke rumah. Delaila membuka penutup cawan mi ramen itu. Dia mencapai garfu yang sudah berada di atas meja di hadapan televisyennya.
---------------------------------------------
Delaila hanya mengambil masa dua hingga tiga minit sahaja untuk menghabiskan mi ramen tersebut. Selesai sahaja makan, dia pergi ke dapur untuk mendapatkan segelas air. Delaila meneguk air yang dituangnya ke dalam gelas. Tiba-tiba ada suara yang memanggil namanya !
----------------------------------------------
"Delaila.....Delaila......." Delaila tercari-cari suara yang memanggilnya itu ! Setahu dia, hanya dia sahaja yang tinggal di rumah itu !. Dia membiarkan sahaja suaru itu. Sebenarnya dia takut ! Tapi dibiarkan sahaja rasa takutnya itu. "Mana ada hantu....Hantu kan tidak wujud....." Bisik hatinya.
-----------------------------------------------
Jam 8:56.
Sudah hampir jam 9:00 namun, Delaila masih tidak tidur. Biasanya dia tidur awal. Tetapi tidak pada malam ini. Dia teringatkan peristiwa yang berlaku kira-kira jam 7:50 tadi. Dia masih tertanya-tanya siapa yang memanggil namanya tadi. Perasaan curiga mulai menghantui dirinya !
------------------------------------------------
Jam 9:30.
Pada jam 9:30 barulah Delaila rasa mengantuk. Dia masuk ke dalam biliknya. Dia baring di atas katilnya. Dia menarik selimut hingga ke paras leher lalu, menutup matanya. Tiba-tiba Delaila terhidu sesuatu yang amat busuk ! Dia terjaga dari tidurnya. Dia segera mencari dari mana datangnya bau busuk itu. Dia menghidu dan menghidu. Semakin lama semakin kuat bau busuk tersebut ! Dia menundukkan badannya dan terlihat seorang budak perempuan sedang berbaring di bawah katilnya ! Mata budak perempuan tersebut terbuka luas ! Delaila terkejut ! Dia juga mendapati yang bau busuk tersebut datang dari arah bawah katilnya !
Budak perempuan tersebut merangkak ke arah Delaila ! Delaila in in membuka langkah seribu tetapi, apakan daya kakinya telah ditahan oleh tangan budak perempuan tersebut ! Budak perempuan tersebut berdiri dan berkata "Ini adalah rumah Hikari ! Berani awak datang kesini ?!" Budak perempuan tersebut marah ! Delaila menjerit dan berkata "Maafkan saya......Saya tidak tahu yang ini rumah awak....Tolong lepaskan saya !" Jerit Delaila ! "Tidak ! Saya tidak akan melepaskan sesiapa yang berani datang ke rumah ini !" Kata-kata kesat keluar dari mulut Budak perempuan tersebut !
Delaila cuba untuk melepaskan diri ! Namun, dia tidak berjaya ! Budak perempuan itu menarik kaki Delaila ke bawah katil ! Delaila menjerit sekuat hatinya ! Namun, tiada siapa yang mendengar jeritannya ! "Tamatlah riwayat awak pada malam ini ! Hahaahahah !" Ketawa budak perempuan tersebut ! Budak itu mencakar tubuh badan Delaila ! Darah Delaila berlumuran ! Budak itu menghisap darah Delaila ! Tubuh badan Delaila hancur habis ! Tiada satu pun organ dalamannya yang tinggal !
Keesokkan paginya, telefon Delaila berbunyi. Budak perempuan yang membunuh Delaila mencapai telefon bimbit tersebut. Dia menjawab panggilan tersebut dan berkata "Budak itu sudah tiada ! Hahahahahahaha !" Laku dicampaknya telefon tersebut sehingga pecah ! Ibu Delaila amat terkejut ! Dia tidak tahu apa yang telah berlaku.......

Labels: , ,



Post a Comment