Hikayat Novella
Novelist
Follow


© Skin by Esha Reekay basecodes by atiqah jaidin. Image from . Do tell me if I do not credit yours.
Bab 3 (MALMBB)
Saturday, 13 September 2014 0 CHINGU {S}


Qalesya terpaku melihat apa yang terhidang di ruang matanya. Pantas kepala Lily dipangku. Pipi Lily ditepuk-tepuk.
"Kenapa dengan Li..." Mika yang tadinya berdiri tegak sudah pengsan. Qalesya mencebik, tak gentlemen langsung!
"Dia kelar tangan dia sendiri." Qalesya memeriksa nadi Lily, mujur masih berdenyut. Tangan yang cuba dikelar tidak mengenai saluran nadi.
"Nampaknya macam itulah, call Doc Safa." Arah Adam. Dia cuba mendekati Lily.
"Eh, tak ada, tak ada! Awak call Kak Safa, saya angkat Lily. Urgent, baru awak buat!" Tegas Qalesya.
"Mika?" Soal Adam.
"Biarlah dia." Kata Qalesya. Tangan Lily diletakkan di bahu. Tangan menyokong badan kawan baiknya.
  
Puan Sri Iqlyna nampak risau melihat keadaan anak tunggal perempuanny. Tangan Lily diusap-usap. Resah, gundah dan bercampur baur.
"Adam.." serunya perlahan. Adam berdiri di sisi ibu saudaranya. Puan Sri Iqlyna lah yang menjaganya sejak kematian bapanya. Ibunya pergi membolot semua hartanya.
"Maaf mummy, Ad tak dapat jaga Lily dengan baik macam mummy dan daddy amanahkan." Adam tertunduk.
"Bukan salah Adam, salah Lily." Satu lagi suara muncul. Lily tersenyum hambar, mengakui kesalahannya.
"Kenapa Lily kelar tangan Lily? Semua orang sayang Lily, Lily seorang tak sayang diri Lily sendiri." Adam duduk di penjuru katil Lily.
"Lily pun tak tahu, Lily rasa Lily buat homework. Lepas itu, langsung tak sedar.." bohong Lily. Masakan dia mahu memberitahu dia turut mencari hantu-hantu tandas itu?

Labels: , ,



Post a Comment