![]() So respect me, please!
Archive
![]() ![]()
© Skin by Esha Reekay basecodes by atiqah jaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
![]() Bab 1 : Majlis Harijadi Saya (NCS)
Novelist Cita-cita Saya
Genap usia Riesyha 16 tahun pada hari itu. Sejak sebulan lalu, orang tuanya merancang mahu mengadakan jamuan hari lahirnya. Kebetulan, perancangan itu jatuh pada hari Sabtu. Pada hari itu, keadaan rumah teres dua tingkat itu riuh dengan kesibukan saudara-mara membantu mereka menyiapkan juadah sebelum majlis bermula malam itu. Riesyha pula sibuk berada di hadapan bingkai cermin meja riasnya. Sudah tiga pasang pakaian dibelek dan dicuba satu demi satu tetapi masih tidak berpuas hati. Pakaian pertama terlalu menonjolkan rekaanya. Dia juga memakainya sewaktu menghadiri majlis hari lahir Raiyana. "Ah! Malulah sekiranya mereka nampak aku pakai baju ini lagi," gumamnya dalam hati. Lalu pakaian kedua berjenama Qirani yang dibeli oleh pakciknya dari Indonesia dicapai. Pakaian yang dibuat daripada kain rajut di luarnya tampak manis apabila dipadankan dengan sepasang kemeja lengan panjang di dalamnya dan berseluar hitam. "Tetapi ini seperti mahu ke Genting Highland pula." Riesyha mencemik wajah tidak berpuas hati. Lantas pakaian ketiga, sepasang jubah labuh ala Arab dicuba. Ya, pakaian yang paling sesuai dikenakan bagi menghadiri majlis formal tetapi terlalu besar bagi saiz badannya. "Ada sahaja yang tidak sesuai sedangkan baju ini sudah elok sekiranya aku pakai," gerutu Riesyha lagi. Dia merengus geram kerana tidak ada satu pakaian pun yang memuaskan hatinya. BERSAMBUNG... |
Post a Comment