Hikayat Novella
Novelist
Follow


© Skin by Esha Reekay basecodes by atiqah jaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
Super Electric VS Super Fire
Saturday, 13 September 2014 0 CHINGU {S}



Naiq terus berjalan menuju ke bilik Tuan Jimad.Naiq mengetuk pintu bilik itu."Masuk!"Seorang lelaki menyuruh Naiq masuk."Oh!Naiq,kenapa kamu hendak jumpa saya ya?"Tuan Jimad bertanya sambil mengarahkan Naiq duduk."Sebenarnya begini Profesor. Agensi kita hanya membekalkan senjata untuk digunakan oleh super hero sahaja.Apa kata kalau kita tubuhkan satu lagi agensi yang menolong super hero mencegah penjahat,bagaimana dengan cadangan saya?"Naiq menawarkan cadangannya itu.Tuan Jimad hanya berdiam diri."Lagipun saya mempunyai kuasa elektrik bukan!"Naiq terus memancarkan elektrik dari tangannya ke arah lampu bilik itu.Lampu bilik itu terjatuh."Saya tahu cadangan awak itu bagus,tetapi abang awak,Amil telah menyelenggarakan syarikat kita.Duit kita pula habis dikebasnya,bagaimana mahu menubuhkan syarikat itu,kita tak cukup modal!"Tuan Jimad pula bersuara garang seperti harimau."Tapi..."Tidak ada tapi-tapi keluar dari bilik ini!"Belum sempat Naiq bersuara apa-apa lagi Tuan Jimad telah memotong percakapannya.

Naiq terus keluar dari bilik itu dengan wajah yang mencuka.Dia berjalan menuju ke pintu keluar."Siaplah kau Amil!"Naiq bersuara dalam hati.Dia kemudiannya menuju ke keretanya.Belum sempat Naiq menghidupkan enjin kereta,seorang lelaki memanggil Naiq dengan keadaan yang tergesa-gesa."Kenapa ni?"Naiq terus keluar dari kereta itu dan bertanya kepada lelaki itu."Sebenarnya begini,Tuan Jimad menyuruh awak membeli kicap dan garam untuk jamuan malam ni!"Lelaki itu berkata kepada Naiq.Naiq hanya terganga kerana dia mengharapkan Tuan Jimad menyuruhnya untuk membina syarikat itu."Hmm...Baiklah kalau begitu saya pergi dulu!"Naiq terus memasuki kereta dan menuju ke Bandar Permai.

Labels: ,





Sumpahan Pocong
0 CHINGU {S}



Keadaan di Asrama Muslimin agak tenang.Angin bayu menghembus nafasnya membuatkan suasan rasa lebih sejuk."Hahahahaha!Padan muka si budak tak senonoh tu!Biar dia rasa macam mana dia buat aku menyampah dekat dia!Kena denda cuci tandas!Hahahaha!"Sera ketawa teringatkan budak yang dibencinya itu."Bijak kau!Padan muka dia!Dulu dia bagi aku kena cuci tandas!.Sekarang dia pun kena cuci tandas!"Ketawa Sarah pula.Mereka berdua memang kawan yang akrab,tetapi sangat nakal.Mereka telah mengenakan Zuliah dengan menumpahkan air milo dan menuduh Zuliah yang buat.Jadi dia dikehendaki mencuci tandas.
Mereka terus ketawa.Tetapi seketika kemudian,mereka terdengar suara orang mengerang tetapi hanya terdengar di telinga mereka berdua."Eh!Aku rasa tak sedap hatilah.Jom kita balik!"Sera berkata kepada Sarah."Jomlah!"Sarah pun berasa begitu lalu mereka berdua berjalan secara senyap-senyap tanpa diketahui oleh warden asrama.Mereka berjalan sesenyap angin tanpa membuat sebarang bunyi menuju ke bilik mereka.

Bersambung...

Labels: ,





Nimbus 9 VS Miss Karipap
0 CHINGU {S}



Profesor Ilyas!Bagaimana keadaan dia!?"Soal Super Stone dengan wajah yang sangat risau dengan keadaan budak lelaki yang dijumpai di Sungai Kecempereng."Saya tidak tahu!Tetapi kita hanya perlu bergantung kepada Allah dan doktor sahaja,jangang tanya saya!"Profesor Ilyas meninggalkan Super Stone dengan keadaan mulut ternganga."Hish!Memang kasar betullah Profesor itu!Siaplah awak!"Naiq berbisik di dalam hati.
Treng!Treng!Treng!Loceng kecemasan berbunyi menandakan ada kes jenayah yang berlaku di Bandar Kecempereng."Ini tugas saya!"Super Stone menjerit dengan tiba-tiba dan kemudian meluru dengan laju menuju ke arah Arif,pengesan penjahat."Kejadian kecurian sebuah kedai runcit!Dia tidak mencuri duit tetapi mencuri bahan masakan!"Arif memberitahu kepada Super Stone.Belum sempat Arif berkata apa-apa lagi,Super Stone dengan pantas meninggalkan Skuad Nimbus 9 dan menuju ke kedai runcit itu.

Labels: ,





War Of The Zombies
0 CHINGU {S}



Keadaan dia makmal agak tenang.Professor Libra dengan berhati-hati menuangkan cecair berwarna hijau keep dalam bekas tenaga kuasa.Bekas tenaga kuasa itu dengan tiba-tiba bergegar.Cecair yang dituang tadi tiba-tiba terpercik mengenai muka Profesor Libra.Sebelum Professor Libra mengelap mukanya cecair tadi telah keeping dalam beberapa saat sahaja.Dengan secara tiba-tiba muka Professor Libra telah menjadi muka yang sangat gerun.Dia berjalan seperti orang yang patah kaki menuju ke pintu keluar.Sebelum pintu terbuka seorang pembantu dating dengan sedulang air.Apabila pembantunya melihat Professor Libya berjalan begitu dia berasa hairan apabila Professor Libra berjalan begitu.Professor Libra datang kepadanya dan kemudian menepis dulang itu hingga terjatuh.
Kemudian Professor Libra mengigit tengkuk pembantunya itu.Selepas Professor Libra mengigit tengkuk pembantunya pembantunya berperangai sama seperti Profesor Libra.Mereka terus keluar Dari makmal itu dan mengigit orang lain."Qai!Macam mana nak siapkan kerja sekolah ini?"Tanya Riena sambil mengaru kepalanya yang tidal gatal."Manalah aku tahu!"Jawab Qai sambil mencapai alat kawalan television.Riena mencebik Dan kemudian memndang Qai dengan penuh rasa marah.Apabila Qai melihat dia kaca television dia terlihat iklan aiskrim berperisa coklat dan dia berasa terliur melihat aiskrim itu.Riena yang juga melihat iklan itu terliur juga.Qai kemudian pergi ke dapur dan kemudian meminta kebenaran ibunya untuk membeli aiskrim ITU.

Labels: ,





Rival Is The Spy?
0 CHINGU {S}



Kelihatan seorang budak sedang berlari dengan sangat laju menuju ke arah bumbung bangunan.Di belakang budak itu kelihatan 5 orang lelaki yang memegang sebatang besi berelektrik mengejar budak itu.Namun,kepantasan dan kelicikan budak itu tidak dapat ditandingi oleh pengawal-pengawal itu.Apabila sampai sahaja di bumbung bangunan,budak itu dengan segeran mengambil pistol kecil yang berada di dalam poketnya dan kemudian menembaknya ke arah sebuah lagi bangunan.Dia melompat dari bangunan itu sambil memegang tali itu dan kemudian dia melompat pula ke arah bangunan itu.Kemudian dia melakukan cara yang sama apabila dia hendak melompat dari satu bangunan ke satu bangunan.
Pengawal-pengawal yang mengejar budak tadi terhenti di hujung bangunan dan kemudian mengeluh panjang.Budak yang berlari tadi terus melompat dari satu bangunan ke bangunan dan kemudian berhenti di sebuah bangunan.Dia menuruni tangga dan kemudian menuju ke makmal Dr.Jimad."Assalamualaikum!"Kata budak itu memberi salam dan kemudian memasuki bilik itu.Dia kemudian menuju ke almari Dr.Jimad dan kemudian menaip sesuatu di sebuah tempat menaip.Seketika kemudian terdengar bunyi 'Klang'di arah bawah katil Dr.Jimad dan kemudian merangkak menuju ke bawah katil dan terlihat sebuah pintu yang boleh dimasuki oleh orang dewasa dan kemudian memasuki bilik itu.

Labels: ,





Rival Is The Spy
0 CHINGU {S}


Apabila Naiq memasuki makmal rahsia Dr.Jimad dia melihat beberapa saintis sedang menjalankan ujikaji dan dia melihat beberapa orang saintis sedang menguji alatan ciptaan merela.Naiq terus berjalan terus dan kemudian dia melihat monogram yang tertulis 'Makmal Dr.Jimad' dan kemudian Naiq pergi ke arah monogram itu dan kemudian menaip pin makmal itu.Pintu makmal terbuka luas dan dia melihat seorang budak perempuan yang berumur sama sepertinya sedang duduk di sebuah kerusi yang disediakan di ruang menunggu."Assalamualaikum Dr.Jimad!apa yang Dr. Sedang lakukan?"Tanya Naiq sambil melihat budak perempuan tadi dan kemudian beralih pandangan pula kepada Dr.Jimad."Waalaikumussalam!Naiq,kamu sudah selesaikan tugas kamu?"Tanya Dr.Jimad sambil membuka topeng muka dan sarung tangan yang dipakainya sejak tadi."Sudah"jawab Naiq kemudian dia mengambil sebiji bola berwarna-warni kepada Dr.Jimad daripada beg kecil yang tersangkut di seluarnya.Dr.Jimad terus memakai sarung tangan tadi semula dan mengambil bola itu kemudian meletakkanya ke dalam tempat ujikaji."Naiq!Perkenalkan ini ialah Riesa!Dan dia adalah ahli perisik cilik kita yang baru!"Kata Dr.Jimad kemudian dia memanggil Riesa."Jadi!Dia akan bertugas bersama kamu!"Kata Dr.Jimad sambil tersenyum.

Labels: ,





Rival Is The Spy?
0 CHINGU {S}



Cerita ini mengisahkan seorang budak yang berumur 12 tahun bernama Naiq.Dia adalah seorang perisik yang berkerja bersama Dr.Jimad yang merupakan seorang ketua perisik.Musuh utama Dr.Jimad ialah Liman yang juga merupakan seorang doktor seperti Dr.Jimad,jadi,mampukah Rival yaitu nama gelarannya menghalang Dr.Jimad?saksikannya!

Labels: ,