Hikayat Novella
Novelist
Follow


© Skin by Esha Reekay basecodes by atiqah jaidin. Image from . Do tell me if I do not credit yours.
Bab 2 (BCKPA)
Sunday, 27 July 2014 0 CHINGU {S}



Suasana nun gelap gelita. Safiyyah duduk termenung di pondok kayu hasil pokok buluh. Gitar di tangan langsung tidak memberi semangat. Di fikirannya menari-nari terfikir mengenai Faiz.
Ada kalanya berubah fikiran kepada ugutan Zafirah. Namun, Zafirah perempuan perasan cantik dan berlagak. Sudahlah pakai tersingkap sana sini seperti tidak cukup duit untuk beli kain di Jakel! Hei! Duit melimpah ruah digunakan untuk benda yang tidak sepatutnya.
Apabila Safiyyah berfikir semula, semasa Zafirah muncul tiba-tiba. Dia menggayakan baju blaus yang ketat mengikut bentuk badannya. Zafirah berambut coklat dan berkuku merah jambu. Siap dihiaskan manik di atas kuku! Sungguh tidak takut dosa!
Skreet! Fikiran Safiyyah hancur di siat-siat apabila Putra muncul. Putra merupakan bakal tunangnya. Putra sanggup menerima sikapnya yang lasak. Putralah satu-satunya putera di hati Safiyyah.
"Hah, menung apa itu!"
"Ish. Terkejut Sya."
Nama manja yang diberikan untuk Safiyyah ialah Sya. Putra Adam Zulrahman pula diberikan nama Am.
"Apa kata Sya nyanyi satu lagu untuk abang?"
"Hurmm, yalah."
Gitar dipegang. Irama yang unik dan suara merdu bakal dikeluarkan dari tekak milik Safiyyah! Lagu yang dinyanyikan ialah Cinta Muka Buku dari Najwa Latif. Putra tetap memberi dokongan dan semangat pada Safiyyah semasa tiada suara.
* * * * * *
"Ok, bye!"
Zafirah berjalan tidak tentu arah. Mabuk gayanya. Minum arak seperti minum air mineral. Dia minum air kencing syaitan!
Memasuki rumah agam, Zafirah terbaring di sofa. Dengan berbaju ketat ala sarung nangka dan skirt pendek, cukup mendapat berganda dosanya. Zafirah tidak mengetahui apa itu dosa agaknya!
"Tengku Juwita Zafirah! Kamu mabuk lagi!" Suara Tengku Juwita Zaleha dengan nada tegas.

"Alah kak. Zafirah muda lagi. Tua nanti Zafirah taubatlah. Masa inilah Zafirah nak berhibur sepuas hati!" Itulah pegangan manusia muda zaman kini.

Dicoret oleh : Wana Lissa

Labels: , ,



Post a Comment