![]() So respect me, please!
Archive
![]() ![]()
© Skin by Esha Reekay basecodes by atiqah jaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
![]() Bab 1 (BCKPA)
Gadis itu memanjat pokok rambutan dengan mudah dengan sekali lalu sahaja. Tiba di atas dahan, gadis itu mencapai buah rambutan dan menguyah buah itu dengan aura comelnya!
Faiz seakan jatuh hati pada gadis itu. Pantas selipar disarung dan menuju ke arah pokok rambutan yang dipanjat gadis itu. Harap mudah didekati dan mudah berkenalan!
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam, ya kenapa?" soal gadis itu.
"Hebat cara awak panjat pokok rambutan ini. Boleh panjat sama?" pujian Faiz membuatkan pipi gadis itu merona merah. Terserlah kecomelannya!
"Panjatlah. Ini pokok rambutan abah saya. Hati-hati!" ujar gadis itu.
Faiz mula menanggal selipar. Memegang pokok rambutan dengan perlahan-lahan, mula mengangkat kaki dan mula memanjat perlahan. Faiz walaupun budak kampung tetapi masih tidak mengetahui cara memanjat pokok seperti budak kampung yang lain. Almaklumlah, budak kamdar! Eh...seperti gedung kain Kamdar! Kampung + Bandar = Kamdar! Huhu
Di pertengahan jalan, Faiz berasa seperti gatal-gatal di seluruh badan. Apabila menggaru, kedua tangannya mula bergerak dan melepaskan pokok. Dan...
Kedebumm!
Faiz terjatuh dari pokok rambutan dan terlantar di atas pangkin. Mujur di bawah pokok itu ada pangkin.
"Eh! Awak!" Gadis itu menerjun ke tanah.
"Aduh..." Faiz memeriksa badannya. Terdapat luka di lututnya. Darah mengalir kerana geseran di pokok.
"Eh, luka teruk ni. Sekejap ya, saya nak pergi ambil kain. Sekejap je!" Gadis itu menuju ke pondok kecil yang berhampiran Faiz duduk. Mencapai kain balut dan minyak sapu.
Gadis itu menyapu minyak dan membalut perlahan lutut Faiz. Faiz terkaku apabila memerhati wajah gadis itu. Cantik, comel dan peramah pula itu! Memang lengkap!
"Ok, dah siap!"
"Terima kasih. Oh ya, apa nama awak ya?"
"Nama saya Siti Safiyyah, boleh panggil Safiyyah."
"Oh..terima kasih banyak Safiyyah."
"Tak ada hal lah! Benda kecil sahaja!"
Tiba-tiba, dari semak samun muncul penyibuk utama yang bernama Tengku Juwita Zafirah binti Tuan Zarifin. Zafirah sudah muncul! Mulalah drama yang berepisod berjela-jela!
"Oh...balik kampung bukan nak berehat, tetapi mahu mengorat ya! Tak apa, Zafirah akan beritahu pada Mama Faiza!" Zafirah menjerit kuat.
"Hey Zafirah! Perlahanlah sikit suara! Tak malu orang kampung lalu-lalang tengok!" Faiz membalas dengan intonasi tegas.
"Ewah...ewah...mana ada orang kampung lalu bawa lalang!" Sungguh sekali Zafirah tidak memahami kata ganda. Ish! Ish! Ish!
"Sudahlah, saya mahu balik." Faiz laju melangkah walaupun kakinya masih cedera teruk. Zafirah menjeling sinis kepada Faiz.
Setelah bayangan Faiz pergi, Zafirah menghampiri Safiyyah. Safiyyah yang memanjat pokok rambutan semula terhenti kunyahan rambutan. Hampir tersembur baki rambutan yang berada di dalam mulut kerana Zafirah cuba memanjat dengan memakai skirt labuh.
"Woi minah kampung! Jangan kau nak rampas Faiz daripada aku! Kalau kau degil, siap kau!" Amaran itu langsung tidak diendahkan oleh Safiyyah. Safiyyah lebih suka menyambung kunyahannya.
"EEE!! Siaplah kau minah kampung! Kau belum kenal lagi siapa Tengku Juwita Zafirah!" Ugutan itu bernada benci teramat. Namun, Safiyyah tetap tidak endah.
Tanpa membebel dan manusia itu buat pekak telinga, Zafirah beredar dan memasuki kereta BMW miliknya. Safiyyah ketawa kecil melihat muka Zafirah merah padam geram!
Dicoret oleh : Wana Lissa Labels: BCKPA, Novel, Wana Lissa |
Post a Comment