Hikayat Novella
Novelist
Follow


© Skin by Esha Reekay basecodes by atiqah jaidin. Image from . Do tell me if I do not credit yours.
Prolog PDH (Perasaan Hasad Dengki)
Saturday, 13 September 2014 0 CHINGU {S}



Blurb :
Seorang pelajar tak akan mengalah begitu sahaja. Itulah pegangan hidup gadis bernama Nursuhana Emira binti Shazwim Hussain. Gadis ini menjadi pujaan setiap guru dan menjadi anak emas sekolah. Suhana peramah dan
sangat suka membantu rakan-rakannya yang mempunyai masalah akademik. Suhana aktif dalam akademik dan kokurikulum sekolah. Sungguh pelik mengapa dia menolak tawaran ke sekolah berasrama penuh elit di Bandar Baru Insar, Sekolah Raja Perempuan Al-Syukuriah.
Tidak sangka, gadis semulia itupun ada orang dengki. Suhana dibenci oleh Jezmira Syemira, gadis yang nakal dan lemah dalam akademik. Guru-guru asyik membebel dan memuji Suhana sepanjang masa. Jezmira semakin benci dengan Suhana lalu bertemu bomoh dan meminta Suhana disantau oleh hantu, jin dan syaitan. Namun, hasutan itu tidak memberi sebarang kesakitan pun kepada Suhana. Mengapa dia tidak terasa apa-apa?

@@@

Tatkala ramai pelajar sibuk bergosip dan menyanyi, seorang gadis ini cuma membaca buku sains fizik yang dibenci semua pelajar. Namun, dia sahaja yang meminati buku itu. Buku yang berbelit itulah yang dia suka sangat! Ramai pelajar hairan dengan sikap gadis yang bernama Suhana itu.
Sebenarnya, sewaktu pelajar kelas 5B bergembira, Cikgu Afi Putera sudah memasuki kelas untuk waktu Geografi. Suhana kusyuk membaca pun tahu si pendidik itu sudah masuk ke dalam kelas. Terpaksalah si guru itu berdehem kuat, barulah lintang-pukang duduk di tempat. Tanpa disedari, ada pelajar dari kelas 5D! Ish, ish!
"Kenapa perangai kamu teruk! Bising macam di pasar malam! Malulah! Kamu kelas second first tahu! Cuba tengok Suhana, baca buku diam sahaja. Dia seorang sahaja perasan cikgu masuk! Kamu ingat cikgu ini tunggul kayu?!" Cikgu Afi Putera memarahi pelajar 5B dan memuja muji Suhana.
"Oleh kerana itu, kamu didenda cuci tandas blok B! Kecuali Suhana. Suhana, kamu boleh sambung pembacaan tetapi buku Geografi yang kamu baru beli itu, apa nama dia...Sepak Geografi, Geoluz..apa ya?" Cikgu Afi Putera tergaru kepala sambil nada suaranya tegas.
"Geografi Gerak Gempurlah cikgu." Suhana ketawa kecil.
"Oh...ok. Yang lain, pergi pinjam alat pencuci mak cik cleaner kemudian pergi! Habis masa cikgu, cikgu mahu lihat tandas berkilat seperti emas!" Cikgu Afi Putera melaung suaranya.
Dalam masa yang sama, sepasang mata asyik menjeling Suhana. Seakan mahu membahamnya. Siapakah dia? Nantikan BAB 1...

Labels: , ,



Post a Comment