Hikayat Novella
Novelist
Follow


© Skin by Esha Reekay basecodes by atiqah jaidin. Image from . Do tell me if I do not credit yours.
Bab 1 : Tidak Puas Hati
Saturday, 13 September 2014 0 CHINGU {S}


"Huh! Habis menggelupas kulit sebab tenyeh lantai tandas yang busuk itu! 24 jam cikgu asyik cakap fasal Suhana, Suhana, Suhana! Benci dengan nama itu! Tidak kisahlah sesiapa pun bernama Suhana!" Jezmira mengadu kepada enam insan yang sentiasa menemaninya. Iaitu:
1. Helizah Halmi - Kelas 5C
2. Fashah Sandah- Kelas 5C
3. Aydah Jebatt - Kelas 5B
4. Izerin Azmindah - Kelas 5D
5. Mimy Ermida - Kelas 5B
6. Siti Nurhelizawati - Kelas 5D
"Betul! Bernanah telinga mendengar nama Suhana! Benci betul!" Ermida mengomel. Memang mereka amat membenci Suhana yang sentiasa menjadi buah mulut setiap guru di Sekolah Menengah Bandar Baru Insar.
Sehinggakan Suhana mempunyai kelab peminat! SuhanaVengers! Sungguh panas hati tujuh gadis itu! Siapalah yang menubuhkan kelab itu pasti akan dilenyek seperti kentang lenyek dan digolek seperti kambing golek!
Dengan tidak sengaja, mereka terserempak dengan Suhana. Dikelilingi atlet-atlet sekolah lelaki yang amat popular di sekolah. Namun, Suhana dikepung pula dengan cheerleaders sekolah. Suhana amat cantik dan menawan! Mampu memikat hati sesiapa sahaja yang memandang!
"Suhana! Saya peminat nombor satu awak!"
"Tak! Jangan percaya cakap dia! Sayalah peminat nombor satu awak!"
"No, no, no! Saya! Saya memang ikuti perkembangan awak di Facebook, Blog, Youtube, WeChat, Instagram, Twitter dan banyak lagi!"
Terbeliak mata tujuh gadis itu. Sungguh tidak dijangka, tiga atlet bertaraf 'star' iaitu Zaaron Afziz, Shahrul Azizi dan Hanaffi! Sungguh menyakitkan hati mereka semua! Mereka berpaling tadah!
"Hoi budak lembab! Perasaan pandai konon! Tahulah dia jadi buah mulut semua cikgu!" Jezmira menjerit lantang.
"Eh, awak pun menjadi buah mulut Cikgu Leelofa!"
Jezmira kendur kegeramannya. Tersenyum gembira apabila mendapat berita hebat itu. Sungguh dia amat meminati Cikgu Leelofa yang menyerupai wajah Neelofa itu.
"Awak jadi buah mulut Cikgu Leelofa sebab mengada-ngada! Hahahhah!" Semua disitu ketawa terbahak-bahak.
Muka Jezmira kemerahan. Geramnyaaa!!!! Yang mengatakan dia buah mulut sebab mengada-ngada itu sudahlah putera idamannya, Zaaron Afziz! Eeeeee!!
"How Dare You! Siaplah awak semua! Hidup awak semua takkan bahagia seumur hidup! Awak semua akan merana selamanya dengan kuasa saya! Nantilah!" Jezmira terus meninggalkan mereka yang terpinga-pinga.
Ugutan itu langsung tidak menakutkan sesiapa di situ. Suhana pun terus berjalan meninggalkan mereka. Terus mereka mengejar V.I.P itu! Sungguh mereka menjadikan Suhana sebagai idol! Hati Jezmira kepanasan! Jika dijirus air sesejuk mana pun tak akan hilang kepanasan itu!
"Siaplah kamu semua!" azam Jezmira dalam hati. Apakah yang Jezmira akan lakukan kepada mereka? Nantikan...

Labels: , ,



Post a Comment