Hikayat Novella
Novelist
Follow


© Skin by Esha Reekay basecodes by atiqah jaidin. Image from . Do tell me if I do not credit yours.
Cerpen : Kisah Raya Asrama Seri Kasih
Saturday, 13 September 2014 0 CHINGU {S}



Kek keju itu disuap ke dalam mulut. Sedapnya! Nikmat! Asyik Qasyira mengunyah kek keju yang dibelikan Manisha.
Sarah, Maira dan Elissa terliur melihat Qasyira yang mengunyah kek keju yang memang sedap! Hanya Natasha yang tidak terliur. Dia tersenyum melihat gelagat Qasyira.
"Syira, tak baik kau makan depan orang puasa tahu! Elissa, Maira, Sarah. ambil ini." Natasha menghulur penutup mata, penutup telinga dan pita pelekat. Elissa, Maira dan Sarah kebingungan.
"For what?" Soal Maira hairan.
"Tutup mata. Biarlah puasa kita ini sempurna. Jaga mata, telinga, mulut, kaki dan tangan. Aku tak mampu ikat kaki tangan kau orang sebab nanti kau orang susah nak bergerak." Walaupun berasal dari keluarga yang berada dan berpangkat Ungku, di dada Natasha penuh dengan ilmu agama. Dia dididik dengan penuh berhati-hati oleh neneknya.
"Baiklah ustazah." Usik Elissa. Dia, Maira dan Sarah serta Natasha saling menolong melekatkan pita pelekat pada mulut.
"Sorry ya sebab buat semua terliur." Ucap Qasyira setelah dua potong kek keju selamat memasuki perutnya.
@@@
"Eh, mana Syira?" Soal Miss Laila. Tiada pula kelibat Qasyira. Nanti jika ahli dorm perempuan tidak cukup, mengamuk pula Mr. Whatever yang perasan handsome itu.
"Dia PMS cikgu." Jawab Sarah perlahan. Tidak mahu didengari budak lelaki. Jika mereka dengar, pasti telinga ditembak dengan pelbagai persoalan seperti :
"PMS itu apa?"
"PMS itu ada pada perempuan sahajakah?"
"Berapa kali perempuan PMS sebulan?"
Pening kepala pula mahu menjawab. Boleh pengsan jawabnya!
"Okay semua, kita berkumpul semula dalam kumpulan kecil seperti yang diatur." Arah Encik Qaish sambil tangan disilang memeluk tubuh.
"Kita mulakan dengan tadarus, kumpulan Kay."

Labels: ,



Post a Comment